Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
intel core series 3

Intel Core Series 3 Dilancar, Bawakan Kuasa AI Ke PC Mampu Milik

Diterbitkan April 17, 2026 · Dikemas kini April 17, 2026 oleh ariff bukhari

Intel hari ini mengumumkan pelancaran pemproses mudah alih terbarunya, Intel Core Series 3, yang direka khas untuk memberikan prestasi, hayat bateri, dan keupayaan AI.

Dibina berasaskan Core Ultra Series 3 (nama kod Panther Lake), ia menggunakan teknologi nod proses Intel 18A yang direka khusus untuk pengkomputeran harian.

intel core series 3

Pemproses baharu ini menawarkan peningkatan ketara berbanding PC berusia lima tahun, dengan prestasi single thread sehingga 47% lebih baik dan prestasi multi thread sehingga 41% lebih baik.

intel core series 3

Core Series 3 ialah pemproses Core Series hibrid sedia-AI pertama Intel, menyokong beban kerja AI dengan sehingga 40 platform TOPS, menjanjikan prestasi AI GPU sehingga 2.8 kali lebih baik berbanding PC lama.

Dari segi sambungan, ia menyokong piawaian moden, termasuk sehingga dua port Thunderbolt™ 4 bersepadu, Intel® Wi-Fi 7 (R2), dan Intel® Bluetooth® 6.

intel core series 3

Intel menyatakan, Core Series 3 mereka bertujuan untuk mengubah pengalaman pengkomputeran di sekolah, perniagaan kecil, dan untuk pengguna yang mementingkan kos, selain membawa inovasi Intel ke dalam aplikasi tepi penting seperti robotik, bangunan pintar, dan sistem point-of-sale (POS).

Rakan kongsi OEM utama seperti Acer, Asus, HP, Honor, Infinix, Dell, Lenovo dan Samsung akan dipacu Intel Core Series 3 sepanjang tahun ini yang akan tersedia seawal 16 April 2026.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pusat Data AI Cipta "Pulau Haba", Naikkan Suhu Lokasi Berhampiran - Kajian
  • Tayar Michelin Kini Dilengkapi Cip RFID

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY