Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Integrasi Samsung Gallery Dan Microsoft OneDrive Bakal Ditamatkan Sepenuhnya September Ini

Posted on Mei 28, 2026

Microsoft dan Samsung secara rasmi mengumumkan bahawa fungsi penyegerakan terus antara aplikasi Samsung Gallery dan Microsoft OneDrive akan ditamatkan bermula 30 September 2026.

Susulan daripada perubahan ini, semua pengguna baharu tidak lagi mempunyai pilihan untuk menghubungkan kedua-dua aplikasi tersebut.

Bagi pengguna sedia ada yang bergantung kepada fungsi Samsung Gallery sync, perubahan ini bermakna foto dan video baharu tidak akan disandarkan secara automatik melalui sistem galeri bawaan Samsung, dan kandungan sedia ada di dalam OneDrive juga akan hilang daripada paparan aplikasi Samsung Gallery selepas tarikh berkenaan.

Walau bagaimanapun, pihak Microsoft menegaskan bahawa semua foto dan video yang telah sedia ada disimpan di dalam storan awan OneDrive sebelum ini adalah selamat.

Kandungan tersebut tidak akan dipadamkan atau diubah sedia kala, malah masih boleh diakses seperti biasa menerusi laman web onedrive.com atau mana-mana peranti lain yang mempunyai aplikasi OneDrive.

Langkah penamatan integrasi langsung ini memerlukan pengguna peranti Samsung Galaxy untuk mengubah tetapan sandaran mereka bagi memastikan media baharu dapat terus disimpan ke platform awan tersebut.

Bagi pengguna yang ingin meneruskan sandaran automatik ke OneDrive, mereka perlu beralih kepada fungsi aplikasi OneDrive kendiri.

Proses ini memerlukan pengguna membuka aplikasi OneDrive, log masuk menggunakan akaun Microsoft, dan mengaktifkan ciri Camera backup secara manual di dalam menu profil akaun.

Selain itu, pengguna juga wajib memberikan kebenaran akses penuh kepada aplikasi OneDrive untuk membaca fail foto dan video bagi membolehkan proses penyegerakan berjalan dengan lancar di latar belakang peranti.

Melalui peralihan ini, pengguna dinasihatkan untuk sentiasa menyemak kuota baki storan OneDrive mereka bagi mengelakkan gangguan ketika proses muat naik automatik berlaku.

Sekiranya pengguna mendapati foto baharu gagal disandarkan selepas tetapan baharu dibuat, mereka disarankan untuk memeriksa semula status fungsi Camera backup, memastikan ruang storan akaun masih mencukupi, serta menyemak kestabilan sambungan rangkaian internet peranti masing-masing.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress