Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi Mungkin Alami Gangguan Perkhidmatan – CelcomDigi

CelcomDigi Hampir Selesai Integrasi Rangkaian, Sedia Tawar Perkhidmatan Lebih Baik

Diterbitkan Ogos 19, 2025 · Dikemas kini Ogos 19, 2025 oleh Amalina Athman

CelcomDigi memaklumkan proses integrasi dan pemodenan rangkaiannya sudah mencapai 84% setakat akhir Jun 2025. Langkah ini dijangka membolehkan pengguna menikmati kualiti perkhidmatan yang lebih baik menerusi rangkaian pintar CelcomDigi yang dinaik taraf.

Dalam laporan kewangan suku kedua 2025, syarikat itu turut berkongsi bahawa purata penggunaan data bulanan meningkat kepada 38GB bagi setiap pengguna, menandakan permintaan berterusan terhadap internet berkelajuan tinggi dan stabil yang ditawarkan dengan liputan 4G/5G terluas di Malaysia.

CelcomDigi turut mencatat pertumbuhan positif dalam beberapa segmen utama. Bagi pascabayar, syarikat menambah 75,000 pelanggan baharu berbanding suku sebelumnya, menjadikan jumlah keseluruhan 5.95 juta.

Namun begitu, segmen prabayar merekodkan penurunan kepada 12.57 juta pelanggan. Untuk Home & Fibre, ia merekodkan tambahan 31,000 pelanggan, menjadikan jumlah kini 236,000.

Dalam pada itu, CelcomDigi menyatakan pihaknya kini hampir selesai dengan transformasi runcit melalui lebih 60 kedai konsep digital baharu serta dua kedai flagship “Life”. Selain itu, lebih 300 kedai rakan eksklusif juga sedang dinaik taraf.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • CelcomDigi Lancar Kedai Fizikal Baharu Fokus Teknologi Dan Pengalaman Interaktif
  • CelcomDigi Perkenal MobileSHIELD, Aplikasi Keselamatan AI Dari RM4/bulan
  • CelcomDigi Tawar FTTR Percuma, Pas Internet Murah Sempena Hari Kebangsaan
  • U Mobile Lancar ULTRA5G - Kini Aktif Di Berjaya Times Square, Jambatan Pulau Pinang 1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY