Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcomdigi express stores

CelcomDigi Lancar Lebih 50 Kedai Konsep Digital Baharu Di Seluruh Negara

Diterbitkan Jun 17, 2025 · Dikemas kini Jun 17, 2025 oleh ariff bukhari

CelcomDigi Berhad telah melancarkan kedai konsep digital baharu yang dikenali sebagai CelcomDigi Express Stores di seluruh negara yang merupakan fasa baharu dalam transformasi runcit syarikat telekomunikasi itu.

Inisiatif ini telah menjadikannya antara rangkaian pengedar produk digital terbesar di Malaysia dengan tujuan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan melalui konsep kedai moden dan interaktif,

CelcomDigi Express Stores dibina berdasarkan momentum fasa pertama program transformasi runcit, yang berjaya menyepadu dan memodenkan Celcom Bluecube dan Digi Stores di bawah sebuah kedai berjenama tunggal.

Setakat ini, lebih 50 kedai konsep digital baharu ini telah dibuka dengan Celcomdigi turut merancang untuk menukarkan kedai rakan kongsi terpilih menjadi CelcomDigi Express Stores.

Kedai baharu ini akan menawarkan perkhidmatan profesional dari telefon pintar, gajet, hingga pelan mudah alih dan jalur lebar.

Setelah siap sepenuhnya nanti, CelcomDigi akan mempunyai lebih 300 kedai CelcomDigi Express Stores di Malaysia.

CelcomDigi telah pun dinobatkan sebagai Peruncit Telekomunikasi Terbaik dalam Anugerah Asia Runcit Malaysia 2025, sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan mereka dalam mempertingkat pengalaman pelanggan di kedai fizikal.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Inilah Komputer Riba Pertama Di Dunia Yang Menjadi Asas Kepada Laptop Moden
  • Zeekr Lantik Carro Sebagai Pengedar Rasmi Di Malaysia

Sumber: CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY