Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
photo_2025-07-17 11.10.52 (1)

CelcomDigi Lancar Kedai Fizikal Baharu Fokus Teknologi Dan Pengalaman Interaktif

Diterbitkan Julai 17, 2025 oleh Amsyar Latif

CelcomDigi Berhad melancarkan kedai fizikal utama baharu, “Life”, sebagai langkah inovatif dalam transformasi runcit digital syarikat. Kedai ini berfungsi sebagai ruang interaktif untuk pelanggan meneroka teknologi terkini seperti peranti 5G, AI, dan penyelesaian pintar, sesuai untuk semua golongan dari pencipta kandungan hingga pengguna baharu dunia digital.

Kedai Life seluas 3,500 kaki persegi memperkenalkan konsep unik “kedai-dalam-kedai” melalui kerjasama dengan Samsung dan Disney.

photo_2025-07-17 11.10.50

Samsung mempersembahkan zon teknologi gaya hidup dan “Endless Aisle” untuk pembelian digital, manakala Disney menampilkan lounge bertema Pixar dan Marvel dengan aktiviti interaktif untuk seisi keluarga.

photo_2025-07-17 11.10.52

Sempena pembukaan rasmi pada 16-20 Julai (The Gardens) dan 23-27 Julai (Sunway Pyramid), pelanggan boleh menikmati diskaun eksklusif serta hadiah percuma untuk 100 pelanggan pertama.

Dengan lebih 10,000 titik sentuhan, termasuk 50 kedai utama, 300 kedai ekspres, serta platform dalam talian, CelcomDigi kini mengendalikan antara rangkaian runcit digital terbesar di Malaysia, memperkukuh kedudukan sebagai penyedia penyelesaian digital utama negara.

Berkaitan

  • CelcomDigi Lancar Lebih 50 Kedai Konsep Digital Baharu Di Seluruh Negara
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
  • BYD Perkenal Sistem Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Dunia, Gabung Solar Dan Robotik
©2026 WISER.MY