Integral Lancar Kad MikroSD Dengan Kapasiti 512GB

Dengan kualiti gambar dan rakaman video yang semakin meningkat, sudah pasti saiz fail yang dihasilkan turut sama berubah dan disebabkan itu sokongan memori tambahan amat diperlukan sesetengah pengguna.

Integral, salah satu pengeluar medium simpanan digital telah melancarkan dengan jayanya sebuah kad MikroSD dengan kapasiti terbesar setakat ini, 512GB.

Syarikat itu turut berkongsi rasa bangga kerana ia merupakan kad MikroSDXC pertama yang hadir dengan saiz sebesar itu, selepas SanDisk yang tampil dengan kad MikroSD 400GB pada September tahun lalu.

Sesuai digunakan untuk pelbagai peranti seperti telefon pintar, tablet, kamera digital, kamera aksi, dan dron.

Kad ini dijadualkan pemasarannya bermula pada bulan hadapan dan harganya masih belum didedahkan lagi.

Tetapi kita boleh membayangkan harganya mungkin menjangkau angka RM2000 kerana SanDisk MikroSD 400GB dijual untuk pasaran tempatan Dengan harga RM1499.

Sumber: Integral