Kad MikroSD Western Digital Berharga RM1499 Dilancar Untuk Pasaran Tempatan

Western Digital merupakan satu nama yang tidak asing dalam penghasilan medium simpanan data. Hari ini, syarikat itu telah melancarkan beberapa produk baru untuk pasaran dalam Malaysia dan salah satu yang menjadi tumpuan adalah kad MikroSD sebesar 400GB berharga RM1499 dan waranti sehingga 10 tahun.

Harganya sahaja sudah cukup membuatkan kita berfikir panjang tetapi  ia merupakan sekeping kad MikroSD yang berkapasiti tinggi dan difahamkan yang pertama di dunia dengan storan sebesar itu. Kad tersebut disasarkan kepada pengguna telefon pintar Android yang mahukan sokongan memori tambahan dengan kelajuan bacaan pada kadar 100MB/s.



Selain daripada itu, Western Digital juga memperkenalkan beberapa produk lain seperti peranti simpanan data My Cloud Home 2TB sehingga 8 TB. Berikut merupakan harga jualan mengikut kapasiti storan.



  • My Cloud Home 2TB (RM739)

  • My Cloud Home 3TB (RM839)

  • My Cloud Home 4TB (RM1,059)

  • My Cloud Home 6TB (RM1,459)

  • My Cloud Home 8TB (RM1,799)


Turut sama dilancarkan adalah My Cloud Home Duo yang merupakan gabungan dua cakera keras dikonfigurasikan secara RAID 1.



  • My Cloud Home Duo 4TB (RM1,599)

  • My Cloud Home Duo 6TB (RM1,999)

  • My Cloud Home Duo 8TB (RM2,499)

  • My Cloud Home Duo 12TB (RM3,459)

  • My Cloud Home Duo 16TB (RM3,999)

  • My Cloud Home Duo 20TB (RM4,399)


Bagi pengguna iPhone pula, SanDisk iXpand Base diperkenalkan yang dilengkapi bukan sahaja mampu dijadikan sebagai storan pendua tetapi juga mampu mengecas secara pantas. Ditawarkan dalam 3 pilihan dengan harga seperti berikut



  • 64GB (RM369),

  • 128GB (RM529),

  • 256GB (RM899)


Kesemua produk diatas sudah mula dijual dalam negara tetapi kad MikroSD 400GB hanya dijual bermula Disember hadapan.

Sumber: Lowyat.net