Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CATL Lancar Bateri EV Cas 10 Minit Tawar Julat 478Km, Hayat 12 Tahun

CATL Lancar Bateri EV Cas 10 Minit Tawar Julat 478Km, Hayat 12 Tahun

Diterbitkan September 9, 2025 · Dikemas kini September 9, 2025 oleh ariff bukhari

Pada acara CATL Open Day sempena IAA Mobility 2025 di Munich, pengeluar bateri terbesar dunia, CATL telah melancarkan Shenxing Pro, bateri fosfat besi litium (LFP) pertama di dunia yang mampu mengekalkan bekalan voltan tinggi walaupun selepas berlakunya peningkatan suhu (“thermal runaway“) tanpa menghasilkan api atau asap.

Bateri ini hadir dalam dua varian utama iaitu Shenxing Pro Super Long Life & Long Range dan Shenxing Pro Superfast Charging.

Varian pertama menawarkan jarak perjalanan sehingga 758 km (WLTP) dan jangka hayat sehingga 12 tahun atau bersamaan dengan jarak perjalanan sejauh 1 juta km.

Manakala varian kedua pula mampu mengecas dalam hanya 10 minit yang menawarkan julat sehingga 478 km (setara dengan 0.8 km per saat).

Ia juga berfungsi dengan baik dalam suhu ekstrem –20°C.

https://x.com/catl_official/status/1965092312499060862

Dari segi reka bentuk, Shenxing Pro menggunakan sel “Wave” yang membolehkan penyejukan dan pemasangan boleh dibuat dalam pelbagai sudut, meningkatkan kekuatan pek bateri sebanyak 25% dan kecekapan sehingga 76%.

Ini menjadikan bateri EV ini lebih tahan lama dan mudah disesuaikan untuk pelbagai reka bentuk kenderaan.

CATL Lancar Bateri EV Cas 10 Minit Tawar Julat 478Km, Hayat 12 Tahun
Shenxing Pro direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna EV di Eropah yang semakin meningkat.
CATL Lancar Bateri EV Cas 10 Minit Tawar Julat 478Km, Hayat 12 Tahun

CATL turut menunjukkan komitmennya terhadap pasaran Eropah dengan pelaburan melebihi €11 bilion, kerjasama dengan lebih 200 pengeluar kereta dan 1,000 pembekal tempatan.

Berkaitan

  • Pengeluar Bateri EV Terbesar Dunia Lancar Bateri Berketumpatan Hampir 2x Ganda Dari Tesla
  • Bateri CATL 'Tidak Terbakar, Tidak Meletup', Yang Pertama Penuhi Piawaian Keselamatan Bateri China
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY