Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
instagram remaja

Instagram Perketat Tapisan Kandungan Untuk Remaja, Ikut Penarafan PG-13

Diterbitkan Oktober 15, 2025 oleh Amalina Athman

Instagram kini mengetatkan penapisan kandungan untuk akaun remaja agar selaras dengan piawaian penarafan PG-13 yang digunakan dalam filem.

Dengan perubahan ini, Instagram bukan sahaja akan menapis kandungan berunsur tidak berpakaian, seksual atau ‘pose’ yang tidak senonoh, tetapi juga akan berhenti mencadangkan kandungan yang mengandungi kata kesat keterlaluan atau aksi berisiko di seluruh platformnya.

Sama seperti anda mungkin melihat sedikit kandungan berunsur menggoda atau mendengar bahasa kasar dalam filem berpenarafan PG-13, remaja juga mungkin sekali-sekala melihat perkara seperti itu di Instagram – tetapi kami akan terus berusaha sedaya upaya untuk memastikan situasi sebegitu kekal jarang berlaku.

Bagi pengguna bawah 18 tahun, akaun mereka akan ditetapkan secara automatik di bawah tetapan 13+ yang dikemas kini, dan tidak boleh diubah tanpa kebenaran ibu bapa.

Instagram Perketat Tapisan Kandungan Untuk Remaja, Ikut Penarafan PG-13

Sistem baharu ini juga akan menyekat akaun yang sering memuat naik kandungan 18+, termasuk profil dengan nama pengguna, bio atau pautan yang tidak sesuai untuk remaja.

Instagram Perketat Tapisan Kandungan Untuk Remaja, Ikut Penarafan PG-13

Sementara itu, remaja yang sudah mengikuti akaun dewasa tidak lagi boleh melihat, menghantar mesej (DM) atau berinteraksi dengan kandungan akaun tersebut. Akaun dewasa juga tidak akan boleh mengikuti akaun remaja, menghantar mesej, atau meninggalkan komen pada siaran mereka.

Instagram akan memaklumkan pencipta kandungan jika akaun mereka ditanda sebagai 18+ dan memberi peluang untuk membetulkan perkara itu, contohnya dengan memadam kandungan yang tidak sesuai untuk remaja.

Selain itu, Instagram turut memperkenalkan tetapan baharu yang lebih ketat dipanggil “Limited Content”, yang akan menapis lebih banyak kandungan daripada pengalaman Akaun Remaja di Instagram.

Instagram Perketat Tapisan Kandungan Untuk Remaja, Ikut Penarafan PG-13

Apabila tetapan ini diaktifkan, remaja tidak boleh melihat, meninggalkan, atau menerima komen pada siaran. Ia juga akan mengehadkan jenis perbualan yang boleh dilakukan oleh remaja dengan AI bermula tahun depan.

Kemas kini ini kini dilancarkan secara berperingkat kepada akaun remaja di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada, dan dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun sebelum diperluas ke peringkat global.

Berkaitan

  • Mirip TikTok, Instagram Kini Ada Ciri 'Repost'
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Meta Perkenal Pilihan Langganan Tanpa Iklan Untuk Pengguna FB Dan Instagram Di UK
  • Umpama TikTok, Instagram Uji Antara Muka Baharu Yang Fokus 'Reels'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY