Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta, AFP

Meta Perkenal Pilihan Langganan Tanpa Iklan Untuk Pengguna FB Dan Instagram Di UK

Diterbitkan September 29, 2025 oleh ariff bukhari

Meta pada Jumaat mengumumkan bahawa pengguna Facebook dan Instagram di United Kingdom kini boleh membeli langganan tanpa iklan, melanjutkan model yang sudah diperkenalkan di Eropah bagi mematuhi peraturan.

Dalam beberapa minggu akan datang, pengguna di UK boleh memilih untuk tidak menerima iklan peribadi dengan membayar yuran bulanan sebanyak £2.99 (AS$4) melalui web, atau £3.99 menerusi aplikasi iOS dan Android.

Gergasi teknologi dari Amerika Syarikat itu berkata langkah ini diambil “berdasarkan panduan pengawalseliaan UK baru-baru ini,” sambil menegaskan bahawa model langganan memberi pilihan kepada pengguna sama ada mahu membenarkan iklan diperibadikan atau tidak.

Harga langganan di UK lebih rendah berbanding Kesatuan Eropah, di mana langganan tanpa iklan bermula pada kadar 5.99 euro (AS$7) sebulan.

Meta mula memperkenalkan pilihan tanpa iklan di EU pada akhir 2023 untuk mematuhi peraturan lebih ketat bagi mengawal kuasa syarikat teknologi gergasi.

Syarikat itu lama meraih keuntungan daripada penjualan data pengguna kepada pengiklan, namun model perniagaan tersebut telah mencetuskan banyak pertikaian dengan pengawal selia berkaitan privasi data.

Tahun lalu, pengawal selia data Eropah memutuskan bahawa Meta tidak boleh memaksa pengguna membayar demi hak perlindungan data, menyebabkan syarikat itu menyesuaikan modelnya.

Pada Jumaat, Meta mengkritik “campur tangan berlebihan” pengawal selia di EU, yang memaksanya menyediakan versi platform dengan iklan “kurang diperibadikan”.

Namun begitu, Meta memuji pendekatan konstruktif pihak berkuasa privasi UK, Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (ICO), yang menyatakan bahawa pilihan langganan itu membolehkan Meta mematuhi undang-undang UK. – AFP

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Kini Lebih Mudah Cipta Video Pendek AI Dengan Vibes
  • Sekutu Trump Akan Menguasai TikTok Versi AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY