Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Umpama TikTok, Instagram Uji Antara Muka Baharu Yang Fokus ‘Reels’

Umpama TikTok, Instagram Uji Antara Muka Baharu Yang Fokus ‘Reels’

Diterbitkan Oktober 8, 2025 oleh Amsyar Latif

Instagram dilihat sedang menguji antara muka baharu yang memberi pengalaman lebih tersusun kepada pengguna. Melalui notifikasi “Get early access to a new experience”, sebahagian pengguna kini boleh mencuba dua ciri baharu lebih awal.

Pertama, Reels kini disatukan dalam laman utama (Home) bagi memudahkan pengguna menonton kandungan video pendek tanpa perlu beralih tab. Mirip Instagram di iPad.

Umpama TikTok, Instagram Uji Antara Muka Baharu Yang Fokus ‘Reels’
Foto: stv.art
Umpama TikTok, Instagram Uji Antara Muka Baharu Yang Fokus ‘Reels’
Foto: stv.art

Kedua, Instagram memperkenalkan tab “Following” yang membolehkan pengguna melihat hantaran daripada akaun yang diikuti, termasuk pilihan untuk memaparkannya dalam urutan masa sebenar.

Umpama TikTok, Instagram Uji Antara Muka Baharu Yang Fokus ‘Reels’
Foto: stv.art

Ciri ini sedang diuji kepada kumpulan pengguna terpilih sebelum dilancarkan secara global. Ia dijangka membantu pengguna mengurus kandungan dengan lebih baik antara Reels, rakan dan akaun yang diikuti.

Namun, berkemungkinan ada yang kurang berminat dengan ciri baharu tersebut kerana Instagram umpama mahu menjadi TikTok. Sedangkan, platform ini pada awalnya memfokuskan perkongsian gambar.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Instagram Untuk iPad Kini Dilancarkan Selepas Hampir 15 Tahun
  • Meta Perkenal Pilihan Langganan Tanpa Iklan Untuk Pengguna FB Dan Instagram Di UK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY