Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GPT-6.2 Astra Sol

OpenAI Perkenal GPT-6.2 Astra Dan Sol, Lebih Berkuasa Dengan Kos Lebih Rendah

Diterbitkan November 18, 2026 oleh Amsyar Latif

OpenAI hari ini memperkenalkan GPT-6.2 Astra dan GPT-6.2 Sol, dua model kecerdasan buatan (AI) baharu yang menawarkan peningkatan prestasi dalam tugasan profesional dan pembangunan perisian, selain penggunaan token yang lebih cekap.

GPT-6.2 Astra dibangunkan untuk tugasan kompleks yang memerlukan penaakulan mendalam, manakala GPT-6.2 Sol memfokuskan tugasan harian dengan kos lebih rendah.

Menurut OpenAI, kedua-dua model mampu memberikan hasil lebih baik dengan penggunaan token output yang lebih rendah. Ini membolehkan pengguna menyelesaikan lebih banyak tugasan dalam had penggunaan pelan sedia ada.

GPT-6.2 Astra

GPT-6.2 Astra

GPT-6.2 Astra merupakan model paling berkeupayaan OpenAI untuk kerja profesional, termasuk menghasilkan pembentangan, laman web dan reka bentuk 3D.

6.2 astra agents last exam

Dalam penanda aras Agents’ Last Exam, yang menilai aliran kerja profesional berbilang langkah, GPT-6.2 Astra mencatatkan skor 5.2 mata lebih tinggi berbanding GPT-6 Astra, dengan kos setiap tugasan yang jauh lebih rendah.

Dalam ujian GDPval v2 pula, GPT-6.2 Astra mencatatkan peningkatan 6.2 mata peratusan berbanding model sebelumnya, sambil menggunakan 22% kurang token output.

GPT-6.2 Sol

GPT-6.2 Sol pula disifatkan OpenAI sebagai model serba boleh untuk kerja harian dan menggantikan GPT-6.1 Sol.

6.2 sol frontiercode 2.0

Dalam penanda aras FrontierCode 2.0, yang menilai perubahan kod sedia untuk digabungkan ke dalam projek sebenar, GPT-6.2 Sol hanya 0.5 mata di belakang GPT-6.2 Astra, tetapi dengan kos sekitar satu perlima.

Harga dan ketersediaan

Bagi API, GPT-6.2 Astra ditawarkan pada harga AS$8 bagi setiap sejuta token input dan AS$40 bagi setiap sejuta token output, 20% lebih rendah berbanding GPT-6 Astra. Token input cache pula berharga AS$0.40 bagi setiap sejuta token.

GPT-6.2 Sol mengekalkan harga GPT-6.1 Sol, iaitu AS$2 bagi setiap sejuta token input, AS$0.10 untuk input cache dan AS$10 untuk output.

Kedua-dua model kini tersedia kepada pelanggan ChatGPT Plus, Pro, Enterprise dan Edu menerusi ChatGPT Work dan Codex, namun belum ditawarkan dalam Chat biasa.

Bagi pengguna Enterprise dan Edu, akses perlu diaktifkan oleh pentadbir workspace terlebih dahulu. Pembangun pula boleh mengakses kedua-duanya melalui OpenAI API.

OpenAI turut menawarkan mod Ultrafast untuk kedua-dua model kepada pelanggan pelan Pro 500. Pelanggan pelan Pro 200 pula kini boleh menggunakan mod tersebut, bermula dengan GPT-6.2 Sol.

Dari segi keselamatan, GPT-6.2 Astra menjadi model pertama OpenAI yang dilancarkan secara umum dan mencapai tahap High bagi keupayaan peningkatan kendiri AI (AI self-improvement), berdasarkan rangka kerja penilaian keselamatan syarikat.

Sehubungan itu, OpenAI melancarkan kedua-dua model dengan kawalan lebih ketat terhadap bantuan keselamatan siber berisiko tinggi. Syarikat itu turut berusaha membawa model tersebut ke program Daybreak, supaya pakar keselamatan siber yang diluluskan boleh menggunakannya dengan sekatan yang lebih longgar.

Berkaitan

  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Menang Kes Dakwaan Caj Melampau Permainan PlayStation
  • Meta Perkenal Direct, Aplikasi Mesej Berasingan Yang Boleh Digunakan Tanpa Akaun Instagram
  • Google Wallet Mula Ditawarkan Kepada Pengguna iOS Di AS
  • NVIDIA Tidak Berhasrat Lantik Semula Jensen Huang Sebagai CEO
  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
©2026 WISER.MY