Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Perkenal Direct, Aplikasi Mesej Berasingan Yang Boleh Digunakan Tanpa Akaun Instagram

Meta Perkenal Direct, Aplikasi Mesej Berasingan Yang Boleh Digunakan Tanpa Akaun Instagram

Diterbitkan November 18, 2026 · Dikemas kini November 18, 2026 oleh Amalina Athman

Meta kini memperkenalkan Direct, aplikasi pemesejan khusus daripada Instagram yang membolehkan pengguna bersembang dengan rakan dan keluarga melalui perbualan individu atau berkumpulan.

Menurut Meta, Direct kini sedang diuji di Türkiye dan Thailand, serta boleh digunakan sama ada dengan atau tanpa akaun Instagram. Pengguna boleh mendaftar menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon.

Bagi pengguna yang sudah mempunyai akaun Instagram, log masuk ke Direct boleh dibuat menggunakan nama pengguna dan kata laluan sedia ada. Perbualan juga akan diselaraskan antara kedua-dua aplikasi.

Sementara itu, bagi pengguna yang menggunakan Direct tanpa akaun Instagram, hanya kenalan boleh memulakan perbualan atau menambah mereka ke dalam kumpulan. Untuk menambah kenalan baharu, pengguna boleh memasukkan nama pengguna yang tepat atau mengimbas kod QR ketika bertemu secara bersemuka.

Meta Perkenal Direct, Aplikasi Mesej Berasingan Yang Boleh Digunakan Tanpa Akaun Instagram
Meta Perkenal Direct, Aplikasi Mesej Berasingan Yang Boleh Digunakan Tanpa Akaun Instagram

Dari segi fungsi, Direct menawarkan beberapa ciri untuk menjadikan perbualan lebih menarik. Antaranya ialah Draw untuk melukis terus dalam ruang sembang, Notes untuk berkongsi kemas kini ringkas dan Stickers untuk menghasilkan pelekat sendiri.

Pengguna juga boleh menggunakan Voice Effects untuk menambah kesan bunyi pada mesej suara serta Themes untuk mengubah latar belakang perbualan.

Meta Perkenal Direct, Aplikasi Mesej Berasingan Yang Boleh Digunakan Tanpa Akaun Instagram

Meta turut menyediakan beberapa ciri keselamatan, termasuk pilihan untuk menyekat, mengehadkan atau melaporkan pengguna lain. Ibu bapa pula boleh menggunakan ciri pemantauan, mengubah tetapan keselamatan dan menetapkan had penggunaan harian.

Aplikasi ini menetapkan had umur minimum 13 tahun, dengan teknologi untuk mengenal pasti akaun yang berkemungkinan dimiliki individu di bawah umur tersebut.

Buat masa ini, aplikasi Direct hanya tersedia untuk peranti Android dan iOS di Türkiye dan Thailand.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Instagram Perkenal Wordmark Baharu, Ikon Aplikasi Kekal Sama
  • Instagram Perkenal 'First Draft' Untuk Mudahkan Suntingan Awal Reels
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Wallet Mula Ditawarkan Kepada Pengguna iOS Di AS
  • NVIDIA Tidak Berhasrat Lantik Semula Jensen Huang Sebagai CEO
  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
©2026 WISER.MY