Tiiny AI mencipta sejarah apabila Guinness World Records mengiktiraf Pocket Lab sebagai superkomputer AI peribadi terkecil di dunia.
Walaupun hanya sebesar bank kuasa (14.2 × 8 × 2.53 cm, berat 300 gram), ia didakwa mampu menjalankan model bahasa sehingga 120 bilion parameter – tahap yang biasanya memerlukan pelayan gergasi atau GPU profesional.

Pocket Lab dikuasakan CPU ARM v9.2 dengan 12 teras, memori 80GB LPDDR5X, serta NPU berkuasa 190 TOPS.
Ia menyokong model popular seperti GPT-OSS, Llama, Qwen, DeepSeek, Mistral dan Phi. Dua teknologi terbina, TurboSparse dan PowerInfer, memastikan prestasi setara pelayan tetapi dengan penggunaan tenaga rendah.
Gabungan ini menjadikan Pocket Lab pilihan menarik bagi sesiapa sahaja yang ingin bereksperimen dengan AI tempatan, sama ada untuk penyelidikan, robotik, atau tugasan penaakulan lanjutan.
Dengan Pocket Lab, pengguna boleh menikmati AI secara lokal, peribadi dan lebih privasi. Produk ini bakal dipamerkan di CES 2026, dengan harga dan tarikh pelancaran masih dirahsiakan.
{suggest}
