Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inilah Kipas Elektrik Pertama Dipasang Di Korea, Kini Kembali Dengan Ciri Moden

Inilah Kipas Elektrik Pertama Dipasang Di Korea, Kini Kembali Dengan Ciri Moden

Diterbitkan Ogos 19, 2025 · Dikemas kini Ogos 20, 2025 oleh ariff bukhari

Asal-usul LG adalah bermula pada tahun 1947 dengan penubuhan Lak-Hui Chemical Co., Ltd. oleh Koo In-Hwoi, yang mencipta Lucky Cream, krim kosmetik pertama Korea.

Berbekalkan kejayaan itu, syarikat melangkah ke industri elektronik pada tahun 1958 dengan menubuhkan Goldstar, sekali gus menjadi syarikat elektronik pertama Korea.

Kini, sempena ulang tahun ke-65 kipas D-301, LG memperkenalkan semula kipas ikoniknya itu dalam versi moden sebagai kipas warisan.

Inilah Kipas Elektrik Pertama Dipasang Di Korea, Kini Kembali Dengan Ciri Moden

Kipas ini bersaiz 12 inci dan dilancarkan pada 1960.Model asal kipas D-301, yang dikeluarkan oleh Goldstar Co. pada 1960-an adalah  merupakan kipas elektrik pertama buatan tempatan dan menjadi simbol kemodenan serta kebanggaan negara tersebut.

Untuk menghasilkan semula model klasik ini, LG telah menjejak pemilik kipas D-301 lama yang masih berfungsi sehingga hari ini untuk dijadikan rujukan utama dalam proses reka bentuk semula bagi versi modennya.

Inilah Kipas Elektrik Pertama Dipasang Di Korea, Kini Kembali Dengan Ciri Moden
Inilah Kipas Elektrik Pertama Dipasang Di Korea, Kini Kembali Dengan Ciri Moden
Inilah Kipas Elektrik Pertama Dipasang Di Korea, Kini Kembali Dengan Ciri Moden
Inilah Kipas Elektrik Pertama Dipasang Di Korea, Kini Kembali Dengan Ciri Moden
Inilah Kipas Elektrik Pertama Dipasang Di Korea, Kini Kembali Dengan Ciri Moden

Kipas warisan ini mengekalkan ciri retro seperti bingkai melengkung, dail analog dan logo mahkota Goldstar, tetapi dengan teknologi terkini termsuklah motor BLDC berkecekapan tinggi, operasi senyap, serta bateri boleh dicas semula menerusi sambungan USB-C yang mampu bertahan sehingga 10 jam.

Walau bagaimanapun, LG Electronics memaklumkan bahawa produk warisan ini yang dikenali sebagai ‘2025 Goldstar Fan‘ tidak tersedia untuk dijual di pasaran.

 

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • (Video) Jepun Lancar Mesin Basuh Manusia Futuristik
  • Log Masuk MyJPJ, MyBayar PDRM Nanti Hanya Guna MyDigital ID

Sumber: LG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY