Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) Jepun Lancar Mesin Basuh Manusia Futuristik

(Video) Jepun Lancar Mesin Basuh Manusia Futuristik

Diterbitkan Ogos 19, 2025 oleh ariff bukhari

Bagi anda yang malas mandi, mungkin inilah jawapannya untuk anda.

Sebuah syarikat Jepun, Science Co. Ltd dari Osaka, telah memperkenalkan ciptaan unik yang dikenali sebagai “Mirai no Sentakuki” atau ‘Mesin Basuh Manusia Masa Depan’ di Expo Osaka Kansai 2025.

Mesin ini diinspirasikan daripada model asal yang pernah diperkenalkan oleh Sanyo Electric pada Expo Osaka 1970 dahulu.

Namun, selepas 55 tahun, mesin yang serba moden ini kini hadir dengan teknologi seperti buih mikro untuk pembersihan mendalam, kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengesan emosi pengguna, serta paparan imej visual pada penutup lutsinar.

(Video) Jepun Lancar Mesin Basuh Manusia Futuristik
(Video) Jepun Lancar Mesin Basuh Manusia Futuristik

Pengguna hanya perlu masuk ke dalam kabin berbentuk kapsul, duduk di kerusi tengah, kemudian mesin akan dipenuhi air suam dengan berjuta-juta buih halus akan membersihkan tubuh sambil memberikan pengalaman seakan spa berteknologi tinggi.

Syarikat itu berkata, teknologi buih halus yang digunakan mampu menembusi liang pori dan memberikan rasa bersih yang mendalam, serta ketenangan mental melalui suasana yang direka khas.

Science Co. memaklumkan, sudah lebih 500 pengunjung expo itu telah mencuba mesin ini ketika pameran itu berlangsung dengan 98.7% pengguna berpuas hati dengan pengalaman mereka selepas mencubanya.

Science Co., Ltd. berhasrat untuk terus memperluaskan penggunaan teknologi buih halus ini ke dalam pelbagai aspek kehidupan harian, termasuk penjagaan kesihatan dan kebersihan, dengan matlamat meningkatkan kualiti hidup masyarakat secara menyeluruh.

Expo Osaka Kansai 2025 yang sedang berlangsung telah bermula sejak 13 April lalu yang dijadualkan akan berakhir pada 13 Oktober 2025 ini.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Kad SIM Baharu Dilancar Untuk Pengguna Malaysia - China Kekal Berhubung
  • Projek Bumbung Solar Terbesar Di Kawasan Luar Bandar China Mula Beroperasi

Sumber: Science Inc.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY