Pelaksanaan RFID di plaza tol seluruh Malaysia adalah salah satu langkah ke hadapan untuk sistem tol di Malaysia walaupun banyak pengguna merungut dengan kelemahan sedia ada.
Perkhidmatan Touch ‘N Go dan SmartTag dikhabarkan akan dimansuhkan dalam masa beberapa tahun untuk memperkenalkan sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong (MLFF) iaitu pembayaran tol tanpa plaza.
RFID adalah salah satu cara untuk mengimplimentasikan MLFF sepenuhnya di Malaysia dan ia dilihat akan memberi manfaat jangka panjang pada pengguna.
Jadi, sebelum anda memasang tag RFID Touch ‘Go, ini perkara yang anda perlu tahu.
- Sepuluh (10) tag RFID boleh dipautkan dengan satu akaun TnG eWallet.
- Bayaran tol ditolak terus daripada baki dalam Touch ‵n Go eWallet.
- Tiada caj tambahan untuk setiap tambah nilai.
- Tag Touch ‘n Go RFID tidak boleh dicuri dan dipindah milik. Sekiranya ditanggalkan, tag tersebut akan gagal berfungsi.
Apa yang perlu anda ada sebelum memasangnya tag RFID Touch ‘n Go?
- Aplikasi dan akaun TnG eWallet.
- Nombor plat kenderaan dalam keadaan baik dan mematuhi spesifikasi JPJ.
Berapa harga tag RFID Touch ‘n Go?
- Setiap tag dijual pada harga RM35.
- Caj penghantaran sebanyak RM5 akan dikenakan jika dibeli dalam talian.
Di mana boleh dapatkan tag RFID Touch ‘N Go?
- Portal RFID.
- Aplikasi Touch ‘N Go eWallet pada telefon.
- Pusat pemasangan RFID (Fitment Centre).
- Klik SINI untuk senarai pusat pemasangan di seluruh negara.
- Kedai rasmi TnG di Lazada.
- Kedai rasmi TnG di Shopee.
Macam mana nak pasang?
- Ia hanya boleh dipasang pada 2 tempat, di bahagian atas kiri cermin hadapan atau pada lampu hadapan kiri.
- Pastikan ia tidak dilekatkan terlalu hampir dengan bahagian besi, di laluan ‘wiper’ atau atas cermin yang gelap.
- Pastikan ia dilekatkan sekurang-kurang 5cm jauh daripada bahagian besi kenderaan.
- Jika anda memilih untuk memasang sendiri, pastikan mengikut arahan dengan betul. Anda boleh tonton video di bawah untuk bimbingan.
- Jika anda membelinya di pusat pemasangan RFID (Fitment Centre), maka tidak perlu risau kerana petugas akan melakukannya untuk anda.
Apa perlu buat selepas RFID dipasang?
- Aktifkan tag RFID melalui aplikasi TnG eWallet.
- Tunggu notifikasi pengesahan daripada TnG.
- Tambah nilai eWallet.
- Sedia digunakan.
- Elakkan daripada mencuci cermin hadapan atau lampu hadapan yang dipasang dengan tag RFID dalam masa 24 jam selepas dipasang.
Cara penjagaan tag RFID?
- Jangan sesekali menanggalkan tag RFID yang telah dipasang kerana pelekat tersebut akan rosak langsung selepas ditanggalkan.
- Elakkan daripada menggunakan cecair kimia untuk membersihkan cermin atau lampu hadapan.
- Ketika mencucui kereta, berhati-hati ketika membasuh bahagian sekitar tag tersebut.
Boleh ke satu akaun TnG eWallet ada banyak RFID?
- Ya, boleh. Setiap tag RFID hanya boleh didaftarkan untuk satu kenderaan saja tapi anda boleh pautkan sehingga 10 tag RFID/kereta pada satu akaun TnG eWallet.
- Contohnya, jika anda ada 10 buah kereta, kesemua tag tersebut boleh dipautkan pada satu akaun eWallet dan tidak boleh dipindah milik ke akaun TnG lain.
- Transaksi pada kesemua RFID tersebut akan menolak baki daripada akaun TnG eWallet yang sama.
Macam mana kalau tag RFID rosak?
- Jika anda mendapat bungkusan penghantaran dalam keadaan rosak, maka anda perlu menolaknya dan menandatanganinya sebagai “Rosak” atau “Damaged”. TnG akan menghantar tag RFID yang baru.
- Jika anda telah sedia menggunakannya dan tiba-tiba rosak, maka anda layak untuk mendapat tag RFID gantian secara percuma namun ia terhad pada pemasangan selepas 15 Februari 2020 dan hanya boleh dituntut sekali sahaja.
- Untuk menuntutnya, anda perlu melakukannya di portal RFID dengan log masuk dan pilih “Request replacement tag”.
Dah pasang RFID tapi nak jual kereta?
- Tag RFID Touch ‘n Go tidak boleh dipindah milik. Jadi, jika anda menjual kenderaan anda, hantar e-mel ke [email protected] untuk membatalkan tag Touch ‘n Go RFID pada kenderaan berdaftar anda dan tanggalkan serta buang tag tersebut.
- Pemilik kenderaan baru kemudian perlu mendaftar untuk tag RFID Touch ‘n Go baru di bawah akaun TnG eWallet mereka sendiri.
Buat anda yang ingin membelinya melalui aplikasi TnG eWallet, Touch ‘N Go sedang menawarkan ‘cash back’ dan penghantaran percuma (sewaktu artikel ini ditulis).
Untuk maklumat lanjut tentang Touch ‘n Go RFID, anda boleh ke laman web PLUS di SINI.
Baca juga: