Beli RFID Guna TNG e-Wallet, Anda Dapat Pulangan Tunai RM5 Dan Penghantaran Percuma

Berikutan bermulanya pelaksanaan lebih meluas Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya PLUS 15 Januari ini, Touch 'n Go (TNG) memberikan promosi sebanyak RM5 untuk setiap pembelian tag RFID. Selain itu, pembeli juga akan tidak dikenakan cas penghantaran untuk setiap pembelian tag RFID ini.

Di sini kami ingin kongsikan cara mudah untuk anda membeli tag RFID menggunakan aplikasi TNG e-Wallet.

1. Buka aplikasi TNG e-Wallet anda dan klik bahagian ini.



2. Tetapkan kuantiti RFID yang anda mahukan dan tekan 'Buy Now'.



3. Semak maklumat penghantaran. Pastikan anda memilih 'Home' atau 'Office' sebagai label penghantaran. Klik 'Review Order'



4. Klik ruang untuk tanda setuju dan tekan 'Pay'.



Bila anda sudah terima tag RFID anda, ikut sahaja cara mudah ini untuk anda pasangkan tag RFID ini pada kenderaan anda.



Untuk pengetahuan anda, tag RFID ini boleh dipadankan dengan 10 tag untuk 1 akaun TNG e-Wallet. Ini bermakna, anda tidak perlu risau untuk menggunakan kenderaan yang berbeza kerana baki RFID ini akan ditolak daripada 1 akaun sahaja.

RFID ini juga mempunyai fungsi tambah nilai automatik. Seperti contoh, anda  boleh menetapkan ditambah nilai automatik sebanyak RM50 jika baki dalam RFID ini daripada RM5.

Promosi ini telah bermula dari 5 Januari dan akan tamat pada 31 Mac 2022. Namun promosi ini hanya terhad untuk 500.000 pembeli terawal sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan RFID anda sekarang. Untuk rujukan soalan lazim berkenaan promosi ini, anda boleh klik pautan ini.

Sumber: Touch 'n Go

Baca juga: