Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih Laju Daripada SmartTAG, RFID Dengan Pengecaman Nombor Plat Kini Diaktifkan

Lebih Laju Daripada SmartTAG, RFID Dengan Pengecaman Nombor Plat Kini Diaktifkan

Diterbitkan November 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Selepas telah menjalani tempoh ujian selama setahun, sistem pembayaran Radio Frequency Identification (RFID) kini secara rasminya diaktifkan di laluan sepanjang Hutan Kampung, Kedah hingga Sungai Dua, Pulau Pinang.

Laluan ini turut dilengkapi dengan sistem pengecaman automatik nombor pendaftaran kenderaan (ANPR) yang mana pengguna boleh melalui lorong tersebut dengan lancar pada kadar kelajuan 30 km/j. Ini adalah lebih pantas berbanding lorong SmartTAG, 20 km/j.

Selain itu, RFID dan ANPR ini digandingkan bersama Pusat Validasi Tol (TVC). Ia mempunyai kemampuan AI (artificial intelligence) dan ML (machine learning) dan menggunakan kamera beresolusi tinggi yang dapat mengesan, menganalisis serta menyelesaikan isu pengguna sekaligus membolehkan pelanggan RFID melalui lorong dengan lancar.

Lebih Laju Daripada SmartTAG, RFID Dengan Pengecaman Nombor Plat Kini Diaktifkan

Tambahan lagi, pengaktifan lorong ini juga merupakan satu langkah ke arah lebuh raya sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) atau laluan lebuh raya bebas palang tol pada masa hadapan.

Bukan itu sahaja, sejajar dengan norma baharu, sistem RFID juga menawarkan tambah nilai menerusi pembayaran dalam talian atau automatik menggunakan aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet.

Sekiranya anda pulang ke kampung nanti dan mahu menggunakan lorong ini, Tag TNG RFID boleh dibeli pada harga RM35.

Apa-apa pun, diharapkan sistem ini diperluaskan lagi di seluruh negara. Walaupun masih ada tol tetapi jika sistem tersebut dilaksanakan, mungkin kita tidak perlu lagi ‘sangkut’ terlalu lama di tol.

Sumber: PLUS

Baca juga:

  • MySejahtera Bukan Aplikasi Pengawasan Moral

  • Apple Nombor Satu Dalam Pasaran Tablet Dunia

  • Zoom Percuma, Tetapi Selepas Ini Akan Ada Iklan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY