Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KTMB 5

Mudahkan Pengguna Rancang Perjalanan, KTMB Perkenal Konsep Baharu Jualan Tiket ETS

Diterbitkan Ogos 28, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 28, 2023 oleh ariff bukhari

Bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan mereka dalam tempoh 6 bulan bagi tujuan bercuti atau pulang ke kampung, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan konsep baharu penjualan tiket.

Bermula sejak 30 Julai lalu, KTMB mula membuka jualan tiket pada tarikh 30 hari bulan pada setiap bulan sepanjang tahun melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity.

Konsep jualan tiket baharu ini yang sudah bermula 30 Julai 2023 lalu membolehkan pelanggan membuat pembelian tiket bagi perjalanan sehingga Januari 2024.

Manakala pada bulan berikutnya iaitu 30 Ogos 2023, ia akan dibuka untuk perjalanan sehingga Februari 2024.

jualan tiket ETS
Tarikh Jualan & Tempoh Jualan

Bagi perkhidmatan ETS dan KTM Intercity, jualan tiket akan dibuka pada jam 12.00 tengah hari dan untuk perkhidmatan Shuttle Tebrau, jualan tiket akan dibuka pada jam 10.00 pagi.

KTMB juga menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan tiket-tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang yang lebih rendah dan menjimatkan.

Pembelian tiket boleh dibuat melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) di telefon pintar Android dan iOS atau menerusi laman sesawang KTMB.

Berkaitan

  • Selepas Gambar, Kini WhatsApp Sokong Muat Naik Video Dalam HD Pula
  • ASUS Zenfone 10 Mungkin Model Terakhir Dalam Siri Zenfone
  • Pekerja Boleh Dibuang Jika Hina Rakan, Ketua Dalam 'Group' WhatsApp - Mahkamah Jerman

Sumber: KTMB

(Dapatkan pelbagai cenderamata asli dari KTMB di Shopee)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY