Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airasia flight kapal terbang refund

AirAsia Diiktiraf Antara Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Paling Selamat Di Dunia

Diterbitkan Januari 7, 2024 · Dikemas kini Januari 7, 2024 oleh ariff bukhari

Pengguna pastinya kini bertambah yakin dengan keselamatan penerbangan AirAsia selepas AirAsia Aviation Group, termasuk syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X dan Thai AirAsia X sekali lagi diiktiraf sebagai salah satu syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia untuk tahun 2024 oleh pakar penerbangan di AirlineRatings.com.

“Keselamatan adalah keutamaan setiap jenama dan reputasi syarikat penerbangan dan kami sangat berbesar hati kerana sekali lagi diiktiraf antara yang syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dalam integriti operasi.” Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group.

Antara faktor yang menentukan AirAsia tersenarai dalam 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat adalah rekod insiden, umur pesawat, hasil audit yang dijalankan oleh badan pentadbir penerbangan iaitu Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), serta senarai larangan EU.

AirlineRatings.com merupakan satu-satunya agensi penarafan produk dan keselamatan syarikat penerbangan di dunia yang telah mengumumkan 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat untuk tahun 2024 berdasarkan 385 syarikat penerbangan yang telah dipantau.

Pada bulan Mei 2023, AirAsia juga telah dinobatkan sebagai syarikat penerbangan tambang rendah teratas di Asia oleh AirlineRatings.com.

Berkaitan

  • Ini Cara Kongsi Dan Terima 'Road Tax' Digital Di Aplikasi MyJPJ
  • Cepat Sambar Game Menang Anugerah Yang Berharga RM249 Secara Percuma Sekarang
  • Rindu BlackBerry? Ini Aksesori Papan Kekunci Fizikal Untuk iPhone Anda

Sumber: AirAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY