Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KTMB Akan Sokong Pembayaran Apple Pay, Samsung Pay Awal Tahun Depan

KTMB Akan Sokong Pembayaran Apple Pay, Samsung Pay Awal Tahun Depan

Diterbitkan November 17, 2023 ยท Dikemas kini November 18, 2023 oleh Amalina Athman

Hujung minggu lalu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan sokongan pembayaran melalui kad debit bagi semua stesen KTM Komuter Lembah Klang dan Utara.

Terbaharu, KTMB memaklumkan sokongan pembayaran akan diperluas untuk Apple Pay dan Samsung Pay di semua stesen KTM pada awal tahun 2024.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • KTM Komuter Kini Sokong Pembayaran Kad Debit, Ketahui Ini Sebelum Guna

Menurut KTMB, langkah itu dapat memberikan kelancaran proses perjalanan serta penyelesaian yang lebih efisien untuk semua penumpang.

Sementara itu, menjelang akhir November 2023, semua stesen KTM akan menerima pembayaran menggunakan kad kredit. Inisiatif ini bertujuan untuk menawarkan fleksibiliti dan alternatif mod pembayaran sedia ada.

Dalam pada itu, KTMB turut mengulas mengenai Nilai Pegangan Sementara (Pre-Auth) sebanyak RM30 bagi pembayaran menggunakan kad debit. Jelasnya, ia bagi menampung tambang maksimum perjalanan tunggal, untuk mengelakkan isu pembayaran kad dan kemungkinan sekatan dalam kes di mana tambang perjalanan melebihi jumlah yang tersedia pada kad.

Sumber: KTMB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY