Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Berdepan Tindakan Jika Gagal Beri Kerjasama – Fahmi

Amaran Kepada Pengguna Telegram, Hati-Hati Dengan 4 Laman Palsu Ini

Diterbitkan Oktober 23, 2023 · Dikemas kini Oktober 23, 2023 oleh ariff bukhari

CyberSecurity Malaysia telah mengeluarkan amaran khususnya kepada pengguna platform sembang sosial Telegram supaya tidak terpedaya dengan teknik pancingan data oleh penjenayah siber yang  menggunakan laman sesawang pancingan data palsu yang kelihatan seperti halaman log masuk perkhidmatan eWallet di Malaysia.

Ini kerana penjenayah siber menyasarkan pengguna Telegram dengan tujuan untuk mengambil alih akaun Telegram pengguna tersebut untuk tujuan jahat.

Laman sesawang palsu itu dikesan menyerupai laman MyKasih Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

sara palsu

Menjelaskan modus operandi penjenayah siber itu, pengguna akan menerima mesej bersama laman sesawang palsu yang dikepilkan dalam Telegram mereka.

Apabila pengguna klik pada laman web palsu tersebut, mereka akan dibawa ke laman web pancingan data di mana pengguna diminta untuk memasukkan nombor telefon.

Maklumat ini akan digunakan oleh ‘Threat Actor’ untuk log masuk ke akaun Telegram mangsa untuk memulakan percubaan mengambil alih akaun Telegram mangsa.

SARA PALSU 1

Selain laman SARA, CyberSecurity Malaysia juga mendedahkan 3 lagi laman palsu yang menggunakan modus operandi yang hampir sama:-

  • MA-975.102023: MyCERT Alert – MyBayar PDRM (laman pancingan data)
PDRM palsu
Kempen SMSSpy menyasarkan pengguna Internet di Malaysia.
  • MA-790.072020: MyCERT Alert – SMSSpy (menggunakan laman Penguatkuasaan Undang-undang Malaysia sebagai tema)
SMSSpy palsu
Tapak sesawang ini menjadi hos apk berniat jahat.
  • MA-843.072022: MyCERT Alert – Security Best Practices (laman mengenai Transaksi Dalam Talian Selamat dan Maklumat Perbankan Melindungi).

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak klik pada pautan yang diragui jika ada menerimanya.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati

Sumber: MyCERT

(Lindungi peranti anda dengan dapatkan barisan produk Kaspersky baharu di Lazada dan Shopee sekarang.)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY