Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Perbandingan Tawaran Prapesan Pixel 9 & Pixel 9 Pro XL Paling Berbaloi

Ini Perbandingan Tawaran Prapesan Pixel 9 & Pixel 9 Pro XL Paling Berbaloi

Diterbitkan Ogos 14, 2024 · Dikemas kini Ogos 14, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, Google Pixel 9 menjadi siri pertama peranti Pixel yang dibawa masuk secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Secara asasnya, kesemua pengedar rasmi menawarkan naik taraf percuma. Sebagai contoh, beli varian memori 256GB pada harga varian 128GB. Senarai penuh harga Pixel 9 dan Pixel 9 Pro XL boleh dirujuk melalui artikel sebelum ini.

Selain itu, Pixel 9 Pro XL didatangkan bersama akses satu tahun langganan Google One AI Premium 2TB dengan Gemini Advanced dan 6 bulan akses Fitbit Premium. Sementara Pixel 9 akan menerima enam bulan langganan bagi pelan 2TB Google One Premium dan Fitbit Premium.

Shopee dan Lazada

Lazada Pixel 9 malaysia
Shopee Pixel 9 Malaysia

Memandangkan kedua-duanya daripada Google Pixel Store, ia membawakan penawaran yang sama. Prapesan di Shopee dan Lazada menyediakan hadiah percuma seperti beg jinjing (tote bag), phone grip dan termos.

Google Pixel Store Shopee_2
Google Pixel Store Shopee_4
Google Pixel Store Shopee_1

Untuk prapesan di Google Pixel Store, layari Shopee atau Lazada.

Urban Republic

Urban Republic menawarkan power adapter OtterBox 50W percuma bagi 200 prapesan terawal serta baucar tunai RM250 untuk pembelian aksesori Google.

Senheng, SenQ

SenQ Pixel 9
Senheng Pixel 9

Senheng dan SenQ menawarkan baucar tambahan RM250 bagi setiap prapesan Google Pixel di laman webnya. Selain itu, ia turut memberikan 3 tahun waranti tambahan, mata ganjaran dan sebagainya.

CelcomDigi

CelcomDigi GooglePixel9

Prapesan melalui CelcomDigi boleh didapati daripada harga RM63/bulan pada Easy360 dengan faedah 0%, bermula hari ini sehingga 21 Ogos 2024. Eksklusif untuk pengguna CelcomDigi, Google Pixel 9 Pro XL ditawarkan dalam pilihan warna Hazel untuk varian 512GB.

Berikut merupakan promosi prapesan dari CelcomDigi:

CelcomDigi Pixel 9_1
CelcomDigi Pixel 9_2
CelcomDigi Pixel 9_3

Maxis

Maxis menawarkan bayaran ansuran dalam tempoh 24 atau 36 bulan (faedah 0%) dengan Maxis Postpaid 109 dan ke atas serta Maxis PostPaid Share Line.

Untuk Pixel 9, ansuran bulanan bermula dari RM70 hingga RM105, bergantung pada jenis langganan pascabayar dan tempoh kontrak.

Maxis Google Pixel 9_1
Maxis Google Pixel 9_2

Sementara Pixel 9 Pro XL boleh diprapesan daripada RM169/bulan untuk pelan Maxis Postpaid 109, atau ansuran lebih rendah untuk pelan langganan lebih tinggi.

Ini Perbandingan Tawaran Prapesan Pixel 9 & Pixel 9 Pro XL Paling Berbaloi
Pixel 9
Ini Perbandingan Tawaran Prapesan Pixel 9 & Pixel 9 Pro XL Paling Berbaloi
Pixel 9 Pro XL 512GB
Ini Perbandingan Tawaran Prapesan Pixel 9 & Pixel 9 Pro XL Paling Berbaloi
Pixel 9 Pro XL 1TB

Selain itu, pembelian peranti Pixel 9 dan Pixel 9 Pro XL dengan kontrak biasa 24 bulan masing-masing ditawarkan pada harga serendah RM2,699 dan RM4,799 – mengikut varian dan pakej langganan pascabayar.

Untuk prapesan melalui Maxis, layari pautan INI.

Perlu diingatkan, varian memori, warna dan model peranti bergantung pada stok yang tersedia dengan pengedar rasmi.

Berkaitan

  • Pixel 9 Pro Dan Pro XL Dilancarkan - Cip Tensor G4, SOS Satelit, Gemini AI
  • Google Pixel 9 Rasmi, Tempahan Dibuka Bermula RM3,999
  • Pixel Buds Pro 2 Diumumkan, Fon Telinga Pertama Dengan Gemini
  • Pixel 9 Dan Pixel 9 Pro XL Dibuka Untuk Prapesan, Ini Senarai Harga

Sumber: Shopee dan Lazada, Urban Republic, Senheng dan SenQ, CelcomDigi, Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY