Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Raikiri II Pro

ROG Raikiri II Pro PC Dilancar Dengan Panel Berwarna Dan Bateri Tahan Sehingga 79 Jam

Diterbitkan Julai 13, 2026 · Dikemas kini Julai 13, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS Republic of Gamers (ROG) memperkenalkan Raikiri II Pro PC Controller, sebuah alat kawalan premium dengan ciri yang dinaik taraf yang direka khas untuk pemain PC tegar yang menjanjikan respons pantas serta latensi ultra-rendah.

Setiap butang menggunakan suis mikro untuk rasa klik yang lebih tepat, manakala Dual Mode Triggers membolehkan pemain memilih antara perjalanan pendek atau penuh mengikut gaya permainan.

ROG Raikiri II Pro PC

Keunikan Raikiri II Pro terletak pada modul joystick TMR hot-swappable yang tahan serta panel berwarna penuh yang membolehkan akses tetapan segera seperti remapping, getaran, pencahayaan, dan profil permainan.

Pemain juga boleh menetapkan semula butang belakang, claw bumpers, dan butang muka untuk kawalan lebih fleksibel.

Tambahan pula, perisian SUS Gear Link menawarkan mod Turbo untuk aksi pantas dalam RPG, FPS, dan permainan aksi lawan.

ROG Raikiri II Pro PC White angled view from right
ROG Raikiri II Pro PC dengan reka bentuk bergaya, sambungan USB-C, sokongan Aura Sync RGB, serta keserasian Windows 11.
ROG Raikiri II Pro PC Black front view

Dari segi ketahanan, baterinya mampu bertahan sehingga 79 jam melalui sambungan tanpa wayar 2.4GHz.

ROG turut menyediakan aksesori premium termasuk beg pelindung dan modul joystick tambahan.

ASUS belum mengumumkan harga jualan rasminya lagi dan bilakah ia akan tiba di Malaysia, tapi sebagai perbandingan, versi ASUS ROG Raikiri PRO kini boleh didapati pada harga dari RM697.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Asus Lancar Superkomputer AI Berharga ~RM470 Ribu
  • ASUS ProArt Edisi GoPro Dipacu AMD Ryzen™ AI MAX+ Berharga RM14,999.00

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY