Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG G700

Ini PC Desktop ROG Paling Berkuasa 2025, Mudah Diselenggara Berharga RM14,999

Diterbitkan Mac 25, 2025 · Dikemas kini Mac 25, 2025 oleh ariff bukhari

ASUS Republic of Gamers (ROG) mengumumkan kehadiran PC desktop gaming terbaru mereka, ROG G700 untuk tahun 2025 ini.

ROG G700 hadir dengan pemproses Intel Core Ultra 9 285K yang memastikan kadar bingkai yang lancar dalam permainan terkini.

Disokong oleh GPU NVIDIA GeForce RTX 5080 PRIME 16GB GDDR7, ia menyokong teknologi canggih seperti DLSS 3.5 dan Frame Generation untuk grafik dan kadar bingkai lebih tinggi.

ROG G700_5080_1
ROG G700 direka sepenuhnya oleh ASUS dan ROG dengan komponen yang telah diuji untuk menawarkan prestasi dan kebolehpercayaan.

Dengan 32GB RAM DDR5 (2 x 16GB), G700 mampu menjalankan permainan, penstriman dan pelbagai tugasan serentak.

Storan 1TB PCIe Gen 4 NVMe SSD memberikan ruang luas untuk permainan bersaiz besar serta masa pemuatan yang pantas.

Ia juga menyokong storan PCIe Gen 5 bagi mereka yang ingin menaik taraf di masa hadapan.

ROG G700_5080_2
G700 menggunakan komponen standard, termasuk papan induk, bekalan kuasa dan kipas berkerangka, menjadikannya mudah untuk dinaik taraf.

G700 dilengkapi dengan empat kipas berprestasi tinggi bersaiz 120mm untuk pengaliran udara optimum, sama ada untuk sistem penyejukan udara atau cecair.

Model berpenyejukan udara mempunyai penyejuk menara CPU, manakala model berpenyejukan cecair dilengkapi AIO 240mm untuk suhu CPU lebih rendah dan bunyi kipas minimum.

Tiga kipas hadapan berfungsi sebagai pengambilan udara, manakala satu kipas belakang membuang haba.

G700 turut mempunyai tiga penapis habuk yang mudah ditanggalkan dan dibersihkan.

ROG G700_5080_3
Pencahayaan RGB yang boleh diselaraskan dengan Aura Sync dan port I/O hadapan menunjukkan identiti khas ROG.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi ROG G700 (2025) G700 | Gaming desktops|ROG – Republic of Gamers|ROG Malaysia.

PC desktop gaming ROG G700(G700TF-09285K183W) ini dijual dengan harga bermula RM14,999.

Beli barisan produk ASUS ROG dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmlxts
  • Lazada – https://invl.me/clmlxu3

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • ASUS Malaysia Lancar 3 Beg ROG Terbaru, Harga Dari RM329
  • Ini 3 Cara Mudah Bagi Tambahkan Saiz Storan Telefon Pintar Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
©2026 WISER.MY