Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
beg laptop ROG

ASUS Malaysia Lancar 3 Beg ROG Terbaru, Harga Dari RM329

Diterbitkan Mac 21, 2025 oleh ariff bukhari

Berita baik buat buat peminat tegar barangan bertemakan Republic of Gamers (ROG), ASUS Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran 3 produk baharu dalam siri beg urban iaitu ROG Slash Sling Bag 4.0, ROG Slash Sleeve 4.0, dan ROG Backpack 4.0.

ROG Slash Sling Bag 4.0
ROG Slash Sling Bag 4.0 berharga RM359

ROG Slash Sling Bag 4.0 sesuai untuk peranti gaming mudah alih seperti ROG Ally, dengan bahan tahan koyak, kalis air, dan tali boleh laras yang fleksibel. Ia juga mempunyai buckle magnet Fidlock yang memudahkan akses.

ROG Slash Sleeve 4.0
ROG Slash Sleeve 4.0 berharga RM329

ROG Slash Sleeve 4.0 boleh memuatkan komputer riba sehingga 16 inci, dilengkapi dengan poket tambahan untuk aksesori seperti tetikus atau adapter kuasa. Ia turut dilengkapi tali boleh laras, kalis air serta mempunyai sleeve khas untuk dipasang pada beg bagasi.

ROG Backpack 4.0
ROG Backpack 4.0 berharga RM629

ROG Backpack 4.0 pula menyediakan kapasiti besar 26 liter, mampu memuatkan komputer riba sehingga 18 inci. Ia dilengkapi dengan sistem penutup magnetik Fidlock yang mudah diselaraskan, poket tersembunyi untuk barangan berharga, serta bahagian belakang dengan mesh bagi keselesaan maksimum sepanjang hari.

Ketiga-tiga beg ini menggabungkan elemen gaya moden dengan rekaan yang praktikal, sesuai untuk gaya hidup aktif di bandar serta direka khusus untuk keselesaan pengguna dengan gaya menarik serta tahan lasak.

Siri ROG Slash 4.0 Travel Bag baharu kini sudah pun boleh dibeli di Malaysia dengan harga bermula dari RM 329 daripada semua penjual ASUS yang sah.

Beli beg ROG dari stor rasmi di;

  • Shopee – https://invl.me/clmll9g
  • Lazada – https://invl.me/clmll9k

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • ASUS Vivobook 14 Flip & 16 Flip Dengan Skrin OLED Boleh Sentuh Berharga Bermula RM5,999
  • ASUS Lancarkan Monitor Terbina Dengan Ciri Menapis Udara Kotor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY