Selain memperlihatkan gambaran awal reka bentuk, khabar angin ini turut disertakan dengan beberapa spesifikasi utama yang mungkin menjadi pertaruhan OnePlus. Sekali imbas, rupa paras yang dimiliki mirip seperti keluaran terdahulu iaitu OnePlus 7T Pro dengan sisi panel hadapan yang melengkung.
Paparan hadapan ini dikatakan berukuran 6.5 inci dari jenis Super AMOLED dan pastinya mempunyai kadar penyegaran 120Hz. Tidak seperti 7T Pro yang diperkenalkan dengan mekanisme terangkat bagi kamera hadapan, model ini dikatakan mempunyai rekaan paparan berlubang untuk menempatkan kamera selfie.
The OnePlus 120Hz Fluid Display: The smoothest, most effortless scrolling experience ever on a smartphone. pic.twitter.com/I4FWP64NfO
— Pete Lau (@PeteLau) January 15, 2020
Bagi bahagian komponen dalaman pula, ia dispekulasikan membawa cip pemproses terbaru iaitu Snapdragon 865, RAM 8GB serta storan antara 128GB dan 256GB. Janaan kuasa peranti ditagih dari bateri berkapasiti 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 50W. Terdapat juga ura-ura menyatakan hadirnya sokongan pengecasan tanpa wayar dan ini menjadikannya keluaran pertama OnePlus yang mempunyai keupayaan sedemikian.
Seperti tahun-tahun yang sudah, kita boleh meramal spesifikasi yang lebih tinggi melalui penawaran edisi khas Mclaren seperti memori RAM sehingga 12GB. Peranti dikhabarkan bakal dilancarkan sekitar Mac depan tetapi ekoran dari virus Covid-19 yang sedang melanda ketika ini, pelancarannya mungkin ditangguhkan dahulu. Selain versi, dijangkakan akan terdapat lagi dua model lain dalam siri sama iaitu OnePlus 8 dan OnePlus 8 Lite.
Sumber: The Droid Leaks
Berkaitan
- Ini Mungkin Rupa Bentuk iPhone 2018
- OPPO F11 Pro Dilancarkan Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM1399
- Apple Bekerjasama Dengan Intel Untuk Melengkapkan Teknologi 5G Pada iPhone 2018
- 10 Peranti Berprestasi Terbaik Sepanjang September 2018 Mengikut Antutu
- ASUS ZenFone Max Pro M2 Akan Diperkenalkan Secara Rasmi 11 Disember Ini
- Imej Ini Didakwa Panel Paparan Untuk Nokia 9, Mirip Huawei Mate 9 Pro
- Xiaomi Mi CC9 Dirasmikan Dengan Snapdragon 710 Dan Kamera 48MP
- Maklumat Spesifikasi OnePlus 6 Mula Berlegar Di Internet
- ZTE Axon 10s Pro Peranti Pertama Rasmi Guna Snapdragon 865
- LG Lancarkan TV Dengan Skrin OLED 8K 88 Inci