https://twitter.com/UniverseIce/status/1216614182734295040
Antara yang diumumkan pada acara tersebut adalah spesifikasi dan teknologi yang dimuatkan dalam paparan terbaharu mereka adalah resolusi QHD+ OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ini bermakna OnePlus akan gunakan panel 120Hz pada kesemua model OnePlus 8 Lite, 8, dan juga Pro
Selain itu, paparan ini juga akan mempunyai 10-bit warna yang sangat diperlukan terutamanya untuk memaparkan kandungan HDR 10. Dengan panel 10-bit warna ini, ia bakal meningkatkan jumlah warna yang boleh dihasilkan kepada 1.07 billion.
Untuk setiap paparan yang dihasilkan, OnePlus menyasarkan penarafan 0.8 JNCD. Just Noticeable Color Difference (JNCD) merupakan ukuran perbezaan minimum warna yang boleh dilihat oleh manusia. Sebagai perbandingan Galaxy Note 10 mempunyai 0.4 JNCD, menjadikan warna paparan pada peranti tersebut hampir sempurna.
Paparan baharu ini juga akan disertakan dengan cip MEMC khas. MEMC bermaksud Motion Estimation and Motion Compensation. Ia biasanya digunakan dalam tv yang bertujuan untuk mengurangkan motion blur dengan menambah jumlah frame.
Teknologi MEMC ini juga akan membolehkan upscaling sehingga 120 frame setiap saat. Secara teorinya, ia akan menjadikan permainan yang tidak menyokong 120fps pun akan turut menjadi lebih lancar.
Antara teknologi menarik yang lain adalah paparan ini akan menyokong sehingga 1,000 nits. Ia juga akan menyokong kadar sampel sentuhan 240Hz. Dengan sampel sentuhan ini, paparan akan lebih responsif disebabkan ia bersedia menerima sentuhan skrin 240 kali setiap satu saat.
Menurut The Verge, CEO OnePlus, Pete Lau mengesahkan sendiriĀ bahawa OnePlus 8 bakal menggunakan paparan ini. Tambahannya lagi, beliau dengan yakin mengatakan ia akan menjadi peranti dengan paparan terbaik untuk tahun 2020.
Namun jangan lupa. Samsung juga ada siri S20 dengan paparan 120Hz mereka juga. Elok jugalah jika OnePlus menemani Samsung untuk sama-sama gunakan paparan 120Hz.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- Redmi K30 5G Racing Edition Dilancarkan - Hanya Kemaskini Cip Dengan Snapdragon 768G
- Ini Merupakan Imej Rasmi OnePlus 8 - Hadir Dengan 3 Pilihan Warna Termasuk 'Pelangi'
- Inovasi Terbaharu OnePlus Perlihatkan Mereka Memilih Untuk Sembunyikan Kamera Bukannya Tingkatkan Kualiti Imej
- Xiaomi Mi 10 Ultra Diperkenalkan - Snapdragon 865, Paparan 120Hz, Pengecasan 120W, Dan Zum 120X
- AMD Umum Kad Grafik Radeon 5600 XT Untuk Melawan Dominasi Gaming 1080p GTX 1060 Nvidia
- Pelan Spotify Premium Duo Untuk Dua Orang Sahaja Diumumkan Untuk RM19.80 Sebulan
- Redmi Note 10 Akan Dijana Cip Snapdragon 750G Dan Bateri 4,820mAh
- Diskaun 80% Untuk Saman JPJ & PDRM Sehingga 12 Disember Ini
- HONOR 9X PRO Rasmi Berharga RM999 - Naik Taraf 9X Dengan Cip Kirin 810 Yang Lebih Berkuasa
- OnePlus Buds Diumumkan - Sokongan Dolby Atmos Dan Ketahanan Bateri Sehingga 30 Jam