Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
blackshark 5 letak

Ini Mungkin Spesifikasi Siri Black Shark 6 Yang Didakwa Tertiris

Diterbitkan Februari 22, 2023 · Dikemas kini Februari 22, 2023 oleh Amalina Athman

Black Shark pada Mac tahun lalu telah melancarkan siri Black Shark 5 di China, dan dijangkakan syarikat itu akan mengumumkan siri peranti seterusnya dalam sekitar waktu yang sama pada tahun ini.

Terbaharu, peniris terkenal Digital Chat Station telah mendedahkan sejumlah spesifikasi siri Black Shark 6 yang didakwa tertiris.

Berkaitan

  • Hampir Setahun Dilancar, Mungkin Tiada Lagi Siri Black Shark 5 Di Pasaran Global Lepas Ini
  • Siri Xiaomi 13 Bakal Tiba Di Malaysia Pada Minggu Depan

Menurutnya, siri Black Shark 6 akan dijana cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 dan dimuatkan skrin rata 2K dengan paparan berlubang di tengah yang menempatkan kamera swafoto.

Untuk kamera, ia dilengkapi 64MP utama dengan sensor Sony IMX686, bersama lensa ultra-lebar dan macro/telefoto.

black shark 5 (3)_compressed

Tambahnya, Black Shark 6 turut menampilkan dua pembesar suara dan didatangkan dengan sistem penyejukan aktif ‘terkuat’ untuk prestasi yang berterusan. Antara lainnya adalah bingkai logam dengan tekstur binaan seramik, serta kapasiti bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 120W.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa varian yang akan ditawarkan dalam siri Black Shark 6 kelak. Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi daripada Black Shark. Dengan itu, nantikan sahaja maklumat mengenainya dari semasa ke semasa.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY