Tiga Model Black Shark 5 Dilancar Di China, Harga Bermula ~RM1850

Black Shark, nama yang tidak asing lagi bagi pemain game tegar mudah alih. Hari ini, jenama di bawah Xiaomi ini telah melancarkan model baharu di bawah BlackShark 5.

Dengan slogan "Breaking through Gravity", tiga model dilancarkan di China ialah BlackShark 5 dan BlackShark 5 Pro dan Black Shark 5 RS.

Seperti biasa, telefon buatan Black Shark menampilkan rekaan unik untuk menunjukkan identiti "gaming", sesuai dengan penggunanya.

Black Shark 5 Pro


Dengan janaan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan Adreno 660, ia mempunyai RAM setinggi 8GB dan 16GB bersama storan 128GB dan 256GB.

Black Shark 5 Pro

Skrin AMOLED bersaiz 6.67 inci berkadar segar 144Hz ini menjadi paparan untuk telefon gaming ini selain turut mempunyai piksel berketumpatan setinggi 395 PPI.

Puncak kecerahannya ialah 1300 nit dan mempunyai liputan gamut warna P3 100% selain turut boleh memaparkan kandungan HRD10+. Untuk gaming, ia hadir dengan sokongan input sentuh sehingga 720Hz.

Dalam pada itu, panelnya diiktiraf SGS Blu-Ray dan mempunyai kadar respons sentuhan serendah 8.3ms.

Bagi sistem penyejukan, model ini dilengkapkan sistem VC antigraviti dengan ruang penyejukan seluas 5,320mm².



Storan Disk Array digunakan mengoptimasikan kecanggihan teknologi UFS 3.1 dan SSD, dikatakan memberikan prestasi kelajuan membaca dan menulis data meningkat 55% dan 69% lebih baik.

Dengan dua pembesar suara, Black Shark 5 Pro memperoleh markah sebanyak 86 mata dalam ujian audio oleh DXOMark.



Bagi kamera pula, tiga lensa diletakkan pada panel belakang iaitu 108MP (Samsung S5KHM2), sudut lebar 13MP (OmniVision OV13B10) dan telefoto 5MP (Samsung S5K5E9).

Uniknya untuk siri kali ini, kedua-dua disertakan butang khas digelar  “Magnetic Lifting Shoulder Button 2.0” untuk kawalan ekstra semasa pengguna bermain game. Ia dilihat mempunyai bentuk seperti huruf 'U'.

Keluar dari kotak, peranti ini menjalankan Android 12 dan JoyUI 13.

Tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Meteorite Black dan Tianging White, ia tersedia di pasaran China bermula dengan harga berikut:

  • 8GB + 256GB - CNY4,199 (~RM2,790)

  • 12GB + 256GB - CNY4,699 (~RM3,110)

  • 16GB + 512GB - CNY5,499 (~RM3,640)


Black Shark 5


Antara beza antara model biasa dan Pro ialah penggunaan cip di mana versi biasa menggunakan cip lama iaitu Snapdragon 870.



Selain itu, model ini menggunakan skrin AMOLED E4 bersaiz 6.67 inci. Kamera utama pada model ini hanyalah setakat 64MP selain 2 lensa lain ialah 13MP dan 2MP.

  • 8GB + 256GB - CNY2,799 (~RM1,850)

  • 12GB + 128GB - CNY2,999 (~RM1,985)

  • 12GB + 256GB - CNY3,299 (~RM2,180)


Tambahan lagi, kamera swafoto padanya sebesar 16MP, bateri sebesar 4650mAH bersama pengecas 120W.

Black Shark 5 RS


Model ini dijana cip Snapdragon 888 dan Snapdragon 888+ (untuk 12GB+256GB) dengan pilihan RAM 8GB dan 12GB bersama storan 256GB.



Untuk bateri, ia mempunyai kapasiti yang kurang iaitu 4500mAh, juga bersama pengecas 120W.

Lensa belakang juga mempunyai tiga lensa, 64MP+13MP+5MP. Manakala untu swafoto, ia diserikan dengan lensa 20MP.

  • 8GB + 256GB - CNY3,299 (~RM2,180)

  • 12GB + 256GB - CNY3,799 (~RM2,500)


Baca juga: