Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark 5 Pro

Hampir Setahun Dilancar, Mungkin Tiada Lagi Siri Black Shark 5 Di Pasaran Global Lepas Ini

Diterbitkan Januari 25, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Black Shark 5  merupakan siri telefon pintar yang terkini oleh syarikat Black Shark pada April 2022.

Namun, siri ini telah dikeluarkan dari pasaran China dan beberapa pasaran yang lain termasuk Malaysia.

Variasi bagi siri telefon pintar Black Shark 5 telah habis dijual di laman sesawang rasmi mereka walaupun kurang dari setahun pelancarannya.

Screenshot (66) Terdapat 3 jenis varian bagi model Black Shark 5 iaitu standard, Pro dan juga versi RS.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga model ini telah pun habis dijual di laman sesawang rasmi syarikat Black Shark sendiri.

Berkaitan

  • iOS 16.3 Dan iOS 15.7.3 Baik Pulih Sejumlah Kelemahan Keselamatan
  • Putaran Teras Bumi Didakwa Terhenti Kemudian Bertukar Arah
  • Rekod Dunia Guinness Iktiraf Kerugian Dialami Elon Musk
  • Cip Khas Snapdragon Didakwa Akan Terus Menguasakan Samsung Galaxy Pada Tahun Depan
  • KKD Dijangka Umum Beberapa Penambahbaikan Pelaksanaan 5G Sebelum Hujung Mac Ini

Terdapat varian Black Shark 5 RS yang masih dalam stok untuk laman laman sesawang rasmi yang terpilih sahaja.

Namun, mungkin itu adalah model yang terakhir dan masih lagi tersedia untuk dijual kepada pengguna.

Black Shark 5 Siri telefon pintar ini berkemungkinan telah diturunkan tahap pengeluarannya walaupun baharu sahaja 9 bulan dijual ke pasaran global.

Menurut GizmoChina, tiada sebarang butiran lagi yang dapat mengesahkan punca siri telefon tersebut kehabisan stok.

Tetapi, ia mungkin berkait rapat dengan syarikat Black Shark yang dikatakan telah membuang hampir 50% pekerja di China.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY