Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Mungkin Rekaan Sebenar Telefon Pintar Gaming Huawei Mate 20X

Ini Mungkin Rekaan Sebenar Telefon Pintar Gaming Huawei Mate 20X

Diterbitkan Oktober 14, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 14, 2018 oleh Helmi Samsuri

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Huawei akan mengadakan majlis pelancaran model flagship Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikhabarkan akan menampilkan sebuah lagi telefon pintar yang memfokuskan permainan mudah alih, mungkin dikenali sebagai Huawei Mate 20x.

Dua imej telahpun tersebar di internet hari ini yang mana ia didakwa rekaan Huawei Mate 20x.

Ini Mungkin Rekaan Sebenar Telefon Pintar Gaming Huawei Mate 20X

Rekaan kameranya hampir sama dengan dua lagi model, tetapi berdasarkan sumber yang dikutip dari CNMO, telefon pintar tersebut memiliki skrin OLED berukuran 7.2 inci.

Ini Mungkin Rekaan Sebenar Telefon Pintar Gaming Huawei Mate 20X

Ura-ura turut menyatakan ia bakal dipersenjatakan dengan RAM 4GB, 6GB dan 8GB selain beberapa pilihan storan seperti 128GB, 256GB dan 512GB.

Sama ada sebaran imej ini benar atau tidak, sama-sama kita nantikan pelancarannya 16 Oktober ini.

Sumber: CNMO via PlayfulDroid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY