Sejak dua menjak ni, kita boleh lihat dah banyak permainan video dibangunkan untuk versi mudah alih.
Selari dengan perkembangan itu, syarikat pengeluar juga sudah mula mengorak langkah memperkenalkan peranti-peranti yang memfokuskan permainan mudah alih.
Berdasarkan tweet terbaru, gergasi dari China itu dilaporkan akan memperkenalkan Huawei Mate 20X, sebuah telefon pintar gaming, dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 7.21 inci.
In the heat of battle, stay cool with #HUAWEIMate20X. 16.10.18 #HigherIntelligence #UltimatePerformance pic.twitter.com/bZeRKhnOC3
— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) October 8, 2018
Bukan itu sahaja, video berdurasi 10 saat itu turut memberi bayangan penggunaan kapasiti bateri yang besar dan mungkin juga dengan sistem penyejukan didalamnya.
Tak sabar rasanya untuk menantikan pengumuman Huawei yang dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober ini.