Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Laptop 14″ Pertama Di Dunia Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan OLED

Ini Laptop 14″ Pertama Di Dunia Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan OLED

Diterbitkan Mac 11, 2025 · Dikemas kini Mac 11, 2025 oleh ariff bukhari

TCL China Star Optoelectronics Technology (TCL CSOT) telah memperkenalkan paparan generasi akan datang untuk telefon pintar, tablet dan komputer riba di MWC 2025.

Syarikat itu telah mempamerkan sejumlah panel skrin pertama di dunia untuk kes penggunaan yang berbeza.

Teknologi paparan telefon pintar baharu TCL CSOT memberi tumpuan kepada kecekapan tenaga, pelindung mata dan banyak lagi.

Salah satu panel skrin baharu yang menarik perhatian adalah skrin TCL CSOT 14 inci 4K PureSight Pro OLED.

Ia merupakan skrin komputer riba pertama di dunia yang menggunakan teknologi Camera-Under-Panel (CUP).

Teknologi kamera di bawah skrin OLED ini diperkenalkan menerusi model komputer riba Lenovo Yoga Slim 9i.

Lenovo Yoga Slim 9i 2
Lenovo Yoga Slim 9i.
Lenovo Yoga Slim 9i 2

Dengan nisbah skrin-ke-badan 98%, paparan PureSight Pro menawarkan resolusi 4K, kadar penyegaran 120Hz dan ketepatan warna merentasi gamut warna profesional.

Ini juga adalah kali pertama TCL CSOT menggunakan teknologi FMM (Fine Metal Mask) OLED dalam paparan bersaiz sederhana.

Ini Laptop 14″ Pertama Di Dunia Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan OLED
Lenovo Yoga Slim 9i 14″ ini tersedia dengan sepasang port Thunderbolt™ 4 dengan 4 pembesar audio yang menyokong Dolby Atmos.

Lenovo Yoga Slim 9i (14″, 10) menjalankan sistem Windows 11 dengan Copilot+ yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 7 yang menawarkan NPU sehingga 48 TOPS serta menyokong kapasiti RAM sehingga 32GB dan storan 1TB.

Dilengkapi dengan bateri 75WHr yang menawarkan sehingga 17 jam, Lenovo Yoga Slim 9i (14″, 10) ini ialah komputer riba yang hanya seberat 1.19kg.

Lenovo Yoga Slim 9i (14″, 10) sudah tersedia mulai Februari 2025 di pasaran AS dengan harga permulaan USD1,849 (~RM8,200).

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Skrin Komputer Riba Lenovo Ini Boleh Dilipat 2
  • Kilang-Kilang Di China Kini Beroperasi Dalam Gelap 24 Jam

Sumber: Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY