Semakin banyak syarikat di China menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam pengeluaran kilang mereka yang membawakan kepada kewujudkan konsep pengilangan baharu yang dipanggil sebagai “dark factory“.
“Dark Factory” adalah kilang yang beroperasi secara automatik tanpa henti selama 24 jam dengan bergelap sepenuhnya.
Juga dikenali sebagai kilang pintar, operasi kilang ini dijalankan sepenuhnya oleh robot tanpa bantuan pencahayaan, bertujuan mengurangkan kos tenaga kerja, meningkatkan kecekapan pengeluaran, kualiti produk, serta keselamatan pekerja.

Sebagai contoh, Baogang Group di Mongolia menggunakan robot untuk mengasingkan sisa dari keluli cair, menjimatkan hampir USD100,000 setiap tahun.
Institut Aerospace Propulsion di Xi’an pula menjalankan penghasilan komponen roket secara automatik sepanjang malam, dengan sentuhan akhir oleh pekerja mahir pada siang hari.
Di Beijing, Xiaomi menghasilkan telefon pintar boleh lipat dengan lebih 200 langkah automatik, menghasilkan sejuta unit telefon setahun.
Megvii, syarikat AI China, membangunkan kilang gelap di Zhejiang yang dilengkapi robot untuk pengurusan logistik pintar berasaskan AI dan IoT.
Malah produksi kilang-kilang kenderaan di China turut mengamalkan konsep dark factory ini.
Contohnya ialah Kilang Pintar Changan di Chongqing yang mampu memasang sebuah kereta baharu dalam masa hanya 60 saat sahaja.
Kilang-kilang gelap ini menyepadukan pelbagai sistem pengurusan, kawalan gudang, dan sumber perusahaan untuk operasi lebih cekap.
Menurut Dewan Perniagaan Flanders-China, pengeluaran robot industri di Shenzhen dan Dongguan sahaja menyaksikan peningkatan ketara, dengan lebih 15,000 syarikat industri terlibat dalam transformasi digital.
Ini menunjukkan, semakin banyak industri pembuatan beralih kepada model pengeluaran automatik yang menggunakan robot canggih dan sistem kawalan pintar untuk beroperasi dengan yang hanya melibatakn manusia pada tahap yang sangat minimum.
Dark factory adalah model operasi kilang moden termaju yang meningkatkan kecekapan dengan China dilihat sebagai peneraju utama yang menetapkan hala tuju baharu dalam industri pembuatan masa depan.
{suggest}