Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Harga Terbaru Jalur Lebar Talian Tetap Yang Dikongsikan Oleh SKMM

Posted on Oktober 7, 2018Oktober 7, 2018

Lanjutan daripada berita semalam, melalui laman twitter rasmi, SKMM sebentar tadi telah berkongsi senarai harga baru untuk jalur lebar talian tetap kendalian Telekom Malaysia (TM), Maxis, TIME dotcom (TIME) dan Celcom.

Harga-harga yang disenaraikan ini selari dengan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP).

Screenshot daripada kenyataan media SKMM

Boleh dilihat, pakej permulaan yang ditawarkan syarikat pengendali kini diletakkan dibawah paras RM100, pengurangan lebih 30% dari harga sebelumnya.

Screenshot daripada kenyataan media SKMM

Selain daripada pengurangan harga dengan pelaksanaan MSAP, pengguna turut menikmati peningkatan kelajuan internet seperti contoh pakej TM yang anda boleh lihat berdasarkan jadual diatas.

Naik taraf sehingga 10 kali ganda diberikan melalui Pakej Turbo daripada gergasi telekomunikasi itu.

Tidak ketinggalan Time, yang baru sahaja memperkenalkan pakej baru pada kelajuan sehingga 1Gbps pada harga RM199.

Screenshot daripada kenyataan media SKMM

Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, melalui menterinya, Y.B Gobing Singh Deo telah mengeluarkan arahan kepada semua telco agar mengemukakan pakej jalur lebar baru kepada pihak SKMM selewat-lewatnya 30 September.

Sumber: Twitter SKMM

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress