Berdasarkan tweet beliau dua hari lalu, semua telco telah diberikan tempoh baru iaitu 30 September ini dimana permohonan lanjutan 2 tahun telah ditolak.
Semua telco perlu kemukakan cadangan pakej baru ke SKMM sebelum 31 Ogos. Permohonan dibuat utk lanjutan masa 2 thn. Kita tolak. Lanjutan diberi kpd 30 Sept. Ini krn SST dilaksana pd 1 Sept dan perlu selesaikan isu2 tertentu spt prepaid dulu. Tiada lanjutan masa lagi diberikan.
— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) September 16, 2018
Saya berharap selepas cadangan pakej2 baru dikemukakan ke SKMM pada 30 Sept ini, kita boleh laksanakan dan selepas itu lihat harga jalur lebar turun dan kelajuannya meningkat menjelang hujung tahun ini.
— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) September 16, 2018
Hal ini kerana pada 1 September yang lalu cukai SST mula dilaksanakan dan isu-isu seperti prabayar perlu diselesaikan terlebih dahulu. Beliau turut menegaskan tiada lagi lanjutan masa akan diberikan kepada telco.
Menjawab soalan mengenai pakej baru, Gobind menyatakan ia perlu diwujudkan atas kapasiti pada teras yang baru dan beliau akan mengadakan mesyuarat dengan semua telco selepas 30 September ini.
Setuju. Pakej baru perlu pastikan kapasiti pd teras yg baru. Itu sebabnya sbgai contoh, saya minta @myTMgroup respon nyatakan tindakan yg akan diambil utk Streamyx. Kalau infra tak izinkan, maka perlu ada penyelesaiannya. Saya akan bermesyuarat dgn semua telco slps 30 Sept ini. https://t.co/V3oL7Rwmd0
— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) September 16, 2018
Berkaitan
- Ini Adalah Video Promo Galaxy S9 Dan S9+
- Kajian Mendapati Pengguna Malaysia Menunjukkan Minat Yang Tinggi Terhadap iPhone 8
- Black Shark 3 Kini Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM2799
- Vivo Malaysia Tawar Khidmat Sanitasi Peranti Secara Percuma
- Panggilan Video Mula Hadir Pada Aplikasi Whatsapp Versi Beta
- Vivo Malaysia Beri Diskaun Sehingga 88% Untuk Promosi Lazada 8.8 Ini
- Digi Juara Internet 2022, Anda Boleh Dapat Internet Percuma Dan Baucar Petrol
- TM Berkolaborasi Dengan Netflix, Membawakan Akses Mudah Ke Rangkaian TV Internet Tersebut
- ASUS Malaysia Umum TUF Gaming FX505 Dikuasakan Dengan Cip Pemproses AMD
- iPhone Dengan Sokongan Dwi Kad Sim Mungkin Tidak Masuk Malaysia