Ini Fakta Menarik Tentang Pelayar Internet Explorer

Pelayar Internet Explorer akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Microsoft pada hari Rabu, 15 Jun lepas setelah berbakti selama 27 tahun sejak 1995.

Sebagai tanda penghormatan kepada salah satu memori nostalgia yang bermakna buat individu yang lahir dari tahun 1990 hingga awal 2000, berikut merupakan beberapa fakta menarik tentang Internet Explorer:

Fakta-Fakta Menarik



  • Pelayar Internet Explorer pada awalnya diperkenalkan sebagai pakej tambahan untuk Windows 95 pada tahun 1995.

  • Internet Explorer merupakan pelopor kepada peperangan pelayar pertama antara IE dengan pelayar Netscape Navigator. Peperangan untuk penguasaan terhadap pasaran yang tersedia berakhir dengan kemenangan di pihak Internet Explorer.


Chapter 10: Browser Wars | CSS-Tricks - CSS-Tricks

  • IE menjadi pelayar internet yang paling terkenal dan banyak digunakan pada tahun 2003 yang lalu. Internet Explorer menjadi sangat terkenal di mana pelayar ini menguasai 95% penggunaan yang ada di pasaran.

  • Walau bagaimanapun, Internet Explorer mengalami kemerosotan dengan pelancaran beberapa pelayar baharu dalam tahun-tahun yang datang selepas itu.

  • Internet Explorer telah diberhentikan sokongan pembangunan daripada Microsoft pada 2016 apabila Microsoft Edge dilancarkan. Justeru, IE sedikit demi sedikit makin dipinggirkan.

  • Internet Explorer merupakan pintu atau 'gerbang' pertama untuk pengguna kepada World Wide Web (Internet).

  • Microsoft pernah membuatkan pelayar IE ini sukar untuk di nyahpasang (uninstall). Hal ini demikian, Microsoft telah mengintegrasikan IE ke dalam sistem operasi Windows.

  • Oleh itu, menyahpasang (uninstall) pelayar IE ini akan memberi kesan kepada sistem operasi Windows menjadi perlahan dan tidak cekap.

  • Sesetengah laman sesawang hanya boleh dilayari atau dilihat melalui pelayar Internet Explorer sahaja. Hal ini kerana banyak laman sesawang yang lama bergantung kepada perisian ActiveX dan hanya boleh memaparkan kandungan mereka melalui Internet Explorer.

  • Google Chrome menjadi pencabar utama IE. Sejak pelancaran Chrome pada 2008, pelayar ini telah mendapat tempat dihati banyak pengguna. Oleh itu, Google Chrome pertama kalinya berjaya mengalahkan IE dalam penggunaan dipasaran pada tahun 2012.


How Chrome killed Internet Explorer: Extensions, Android, and Innovation Kapsyen: Kredit: XDA Developers


  • Pelayar IE tersedia untuk pelbagai platform oleh Microsoft. Walaupun Microsoft meletakkan pelayar IE sebagai sebahagian dariapada sistem operasi Windows, pelayar IE telah diprogramkan untuk Xbox, UNIX, Max dan peranti telefon Windows.

  • Internet Explorer mempunyai mascot yang direka khas untuknya. Pada Anime Festival Asia 2013, Microsoft Singapura telah mendedahkan personafikasi anime bagi pelayar Internet Explorer dalam karakter yang bernama Inori Aizawa.


Infographic: Who's Microsoft's Latest Cutesy Anime-Inspired Girl? Meet Inori Aizawa. | ITPro Today: IT News, How-Tos, Trends, Case Studies, Career Tips, More Kapsyen: Inori Aizawa - Maskot Pelayar Internet Explorer


Walaupun, Microsoft menamatkan perkhidmatannya kepada Internet Explorer pada 15 Jun ini, tetapi pelayar ini akan digantikan tempatnya oleh Microsoft Edge.

Biarpun tidak diutamakan sebagai pilihan lalai berbanding Chrome, Microsoft Edge merupakan salah satu pelayar yang paling efisien dan menggunakan memori RAM lebih rendah berbanding Chrome.

Foto utama: Twitter

{suggest}

Berkaitan