Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
android kuki

Anda Patut Buang Kuki Dalam Pelayar Chrome Di Peranti Android, Ini Caranya

Diterbitkan Oktober 4, 2022 · Dikemas kini Oktober 28, 2022 oleh ariff bukhari

Setiap kali anda melayari mana-mana laman sesawang, aplikasi pelayar Google Chrome di dalam telefon pintar Android akan menyimpan sedikit data yang dikenali kuki (Cookies).

Kuki adalah fail teks kecil yang disimpan oleh laman sesawang ke dalam peranti untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda.

Fail ini mengandungi data yang membantu laman sesawang mengingati maklumat log masuk dan pilihan anda serta menyampaikan kandungan setempat yang berkaitan.

Jadi dengan kuki, anda tidak perlu berulang kali memasukkan maklumat log masuk setiap kali anda melawati laman sesawang atau menetapkan pilihan pada pelayar anda.

Berkaitan

  • Cara Memindah "Bookmarks" dan "Browsing History" Chrome Kepada Firefox
  • Ini Cara Hentikan Notifikasi Menjengkelkan Dipapar Dalam Pelayar Chrome
  • Google Chrome Adalah Pelayar Yang Paling Terdedah Kepada Kerentanan Tahun 2022 - Atlas VPN
  • Buang 24 'Extension' Pelayar Chrome Dan Edge Ini Segera Kerana Menuai Data

Walaubagaimanapun dari semasa ke semasa, kuki terkumpul boleh mengakibatkan isu pada aplikasi pelayar seperti menjadi perlahan dan ralat pada format.

Oleh itu, pengguna disyorkan untuk memadam kuki terkumpul dalam pelayar Chrome di telefon pintar Android anda bagi menangani isu seperti itu.

Berikut adalah cara membersihkan pelayar Chrome di telefon pintar Android anda dari lambakan kuki:-

1. Buka aplikasi Chrome dan tap pada menu dot 3 di bahagian penjuru kanan atas. Kemudian pilih Settings.

Anda Patut Buang Kuki Dalam Pelayar Chrome Di Peranti Android, Ini Caranya
WhatsApp Image 2022-10-04 at 16.05.08

2. Seterusnya pilih Privacy and security dan pilih Clear browsing data.

WhatsApp Image 2022-10-04 at 16.11.12
WhatsApp Image 2022-10-04 at 16.11.44

3. Kemudian tukar tetapan Time Range kepada All time dan di bahagian Cookies and site data hanya ditandakan pada Cookies and site data sahaja.

WhatsApp Image 2022-10-04 at 16.14.19
WhatsApp Image 2022-10-04 at 16.17.45

4. Akhir sekali tap pada butang Clear data.

Anda tidak perlu pun kerap membuat pembersihan kuki ini. Cukup sekadar seminggu atau sebulan sekali sahaja (ikut kerajinan anda untuk membuatnya).

Selesai, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY