Setelah 27 tahun berkhidmat kepada pengguna, pelayar Internet Explorer akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Microsoft pada Rabu, 15 Jun ini.
Microsoft telah mengumumkan perkara ini pada 2021 di mana pelayar tersebut tidak boleh digunakan bermula 15 Jun 2022 pada sesetengah versi Windows 10.
Internet Explorer mula diperkenalkan pada 1995 dalam pakej tambahan untuk Windows 95 pada tahun itu. Seterusnya, pelayar tersebut tersedia untuk dimuat turun secara percuma oleh pengguna.
Di samping itu, Pengurus Program Microsoft Edge, Sean Lyndersay berkata:
Masa depan Internet Explorer dalam Windows 10 adalah Microsoft Edge. Bukan hanya Microsoft Edge lebih pantas, selamat dan lebih moden berbanding Internet Explorer, malahan pelayar ini sesuai untuk warga tua, laman sesawang legasi dan aplikasi.
Tambahan lagi, Microsoft Edge mempunyai mod Internet Explorer tersedia. Mod tersebut membolehkan anda mengakses antara muka dan ekosistem Internet Explorer pada Microsoft Edge.
Selain itu, sebilangan netizen menzahirkan rasa hiba dalam perkongsian ciapan Twitter seperti di bawah:
After 27 years of service, Microsoft is going to retire Internet Explorer for good on June 15th. pic.twitter.com/rIpcHFWoU3
— Product Hunt ? (@ProductHunt) June 12, 2022
Internet Explorer is shutting down in three days. I haven't used IE in a decades but it was the browser I had used for the majority if my childhood.
Whether you loved or hated Internet Explorer, it'll be the end if an era ?
— Caesár (@CnaVD) June 11, 2022
Terdapat juga ciapan yang mencuit hati seperti ini:
thank you Internet Explorer for helping us download Chrome and Firefox over the years
— ScoopWhoop (@ScoopWhoop) June 13, 2022
Internet Explorer merupakan sebuah memori nostalgia untuk mereka yang lahir pada tahun 1990 hingga awal 2000. Mana tidaknya, pelayar ini merupakan pintu yang kita gunakan untuk melayari internet dan merupakan satu-satunya akses yang ada.
Sumber: times now news, new india express
Gambar utama: The Indian Express
Baca juga: