Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sidang media sebentar tadi mengumumkan banyak protokol dan peraturan baharu untuk fasa peralihan yang akan bermula 1 April 2022.
Salah satunya berkenaan status vaksinasi individu yang berumur 18 tahun ke atas.
Individu bawah 60 tahun yang mendapat vaksin selain Sinovac dan Sinopharm, mereka dikira vaksinasi lengkap walaupun tidak menerima dos penggalak.
Kesemua penerima dos primer (pertama dan kedua) buatan Sinovac dan Sinopharm perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 1 April untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap.
Mereka yang dikira vaksinasi tidak lengkap ialah:
- Berumur 60 tahun ke atas yang menerima hanya dua dos
- Berumur 18-59 tahun yang menerima dua dos Sinovac
- Berumur 18-59 tahun yang menerima dua dos Sinopharm
Bagi warga emas 60 tahun ke atas pula, tidak kira vaksin buatan apapun, perlu mendapat dos penggalak (3 dos kesemuanya). Jika tidak, status vaksinasi lengkap juga akan ditarik balik.
Ringkasnya, semua individu tanpa mengira vaksin dan umur dikira status lengkap jika telah menerima dos penggalak.
Sumber: KKM
Baca juga: