Nak Telefon Ada Kamera 'Flagship' Tapi Harga 'Mid-Range'? Ini Yang Anda Cari

Melihat pada situasi semasa dalam arena telefon pintar, biasanya terdapat dua golongan. Satu yang mahukan peranti berkuasa untuk permainan mudah alih atau gaming. Satu lagi pula yang inginkan gambar cantik serta menarik.

Namun, kadangkala kemahuan dan keinginan mereka ini tidak tercapai. Kenapa? Sebabnya telefon pintar yang hadir dengan penawaran sebegitu biasanya hanya ada pada peranti berkelas andalan. Ditambah lagi dengan tanda harga yang premium.

Kepada anda diluar sana, jangan bersedih dan berduka lagi. Hal ini kerana terdapat sebuah telefon pintar yang baru menembusi pasaran tempatan.

Telefon pintar ini mampu menambat hati bagi peminat fotografi mahupun yang mahukan prestasi. Apa yang paling penting adalah ia hadir dengan prestasi berspesifikasi andalan tetapi harga tidak akan membuatkan anda perlu makan maggi.

Peranti yang dimaksudkan ini ialah realme 9 Pro+ 5G. Telefon ini merupakan ‘abang besar’ baharu dalam keluarga siri realme 9 Pro.



Banyak perkara menarik terhadap realme 9 Pro+ 5G ini tetapi tumpuan utama adalah kameranya yang menampilkan spesifikasi andalan. Nak tahu lebih lanjut? Mari kita ‘selami’ dengan mendalam.

Peranti ‘Mid-Range’ Tapi Kualiti Kamera ‘Flagship’




Imbas kembali pada waktu dahulu, kalau kita mahukan kamera telefon yang ada kualiti gambar terbaik, pasti poket kita pun perlu berada dalam ‘prestasi’ baik juga.

Mananya tidak, telefon yang memberikan hasil gambar cantik biasanya harga berada dalam lingkungan RM3000 dan ke atas. Tapi itu cerita dahulu. Sekarang ni tidak lagi.

Pernah tak anda terbayang sebuah telefon pintar mampu menawarkan gambar cemerlang tetapi pada masa sama dijual pada tanda harga sekitar RM1000 lebih sahaja?

Itulah realme 9 Pro+ 5G di mana realme kali ini sekali lagi mengubah konsep peranti berkelas pertengahan. Ini kerana telefon dalam kelas ini juga mampu menandingi kelas premium.



realme 9 Pro+ 5G ini menampilkan tetapan 3 lensa. Terdiri dengan lensa utama 50MP f/1.8 yang menggunakan sensor Sony IMX766 dan juga mempunyai penstabil imej optikal (OIS). Digandingkan dua lensa lagi, iaitu 8MP f/2.2 ultra lebar dan 2MP f/2.4 makro.

Eh, kamera utama dia 50MP je? Sekarang ni dah ada telefon sampai 108MP!

Bertenang. Ramai pengguna salah anggap terhadap perkara itu. Ada yang cenderung memilih resolusi atau megapiksel (MP) lebih tinggi berbanding sensor kamera.

Bagi memudahkan pemahaman anda, megapiksel dan saiz sensor kamera adalah dua perkara berbeza.

Memang benar lebih tinggi piksel kamera, resolusi gambar jauh lebih tajam tetapi masalah akan dihadapi adalah gambar tersebut lebih gelap. Kelebihan MP tinggi ini lebih kepada jika anda mahu crop sesuatu gambar kerana kualiti masih kekal. Bak kata orang, ‘gambar tak pecah’.

Sementara saiz sensor kamera pula, ia jauh lebih utama sebenarnya. Tidak hairanlah bila anda lihat peranti berkelas andalan hanya hadir megapiksel kecil tetapi merekalah mempunyai gambar cantik.

Mengapa? Sebab kamera yang ada saiz sensor lebih besar mampu menghasilkan gambar HDR lebih padu dan lebih clean. Bukan itu sahaja, gambar waktu malam atau kurang cahaya pun jauh lebih cemerlang.

Jadi, anda sudah tahu sedikit sebanyak yang mana saiz sensor kamera lebih utama berbanding megapiksel.

Di sinilah resipi yang digunapakai realme 9 Pro+ 5G. Kamera utamanya menggunakan Sony IMX766. Sensor bersaiz 1/1.56” dan 2.0um piksel ini mampu menangkap 63.8% lebih banyak cahaya berbanding generasi terdahulu. Sekaligus, gambar dihasilkan lebih cerah dan terperinci.



Mahukan lagi? Kamera peranti ini turut digandingkan dengan penstabilan imej optikal (OIS) yang mana membantu anda dalam mengambil gambar pada waktu malam. Selain itu, ia juga dipadankan lagi dengan penstabilan imej elektronik (EIS) yang boleh memberikan video dirakam jauh lebih stabil.



Dengan gandingan saiz sensor kamera besar, OIS dan EIS, tiada apa perlu diungkapkan lagi kerana gambar anda memang sudah cukup lain ‘level’ apabila dimuat naik di platform media sosial.

Tidak cukup dengan itu, kamera realme 9 Pro+ 5G turut mempunyai ProLight Tech. Dalam bahasa mudah, gambar waktu malam memang terang kerana realme menggunakan ciri AI yang dipadankan dengan sensor Sony IMX766. Secara tidak langsung, gambar malam anda lebih menonjol, cukup ‘lemak’ berbanding rakan-rakan lain apabila dikongsikan di media sosial. 

Telefon Serba-Serbi Padu Pada Harga Masih Mampu


Kameranya dah cukup padu tapi macam mana pula spesifikasi lain?

realme 9 Pro+ 5G ini memang cukup berkuasa dalam kelasnya. Dikuasakan cip MediaTek Dimensity 920 yang mana pemproses 6nm ini mampu memberikan prestasi cukup cemerlang baik dari segi kegunaan harian, fotografi mahupun gaming. Bahkan, cip ini juga dilengkapi rangkaian 5G. Oleh itu, anda dah boleh menggunakan telefon 5G pada harga mampu milik.

Bercakap tentang prestasi, jangan risau akan suhu terutama ketika gaming. Hal ini kerana realme 9 Pro+ 5G dilengkapi sistem penyejukan Vapor Chamber (VC) yang boleh menawarkan suhu sentiasa berada tahap optimum.

Peranti berkuasa ini ditemani bekalan kuasa sebesar 4500mAh. Mudah kata, tak ada masalah nak guna sepanjang hari. Jikalau bateri habis pun, jangan khuatir kerana ia ada kelajuan mengecas sepantas 60W SuperDart.



Melengkapkan lagi realme 9 Pro+ 5G, adanya padanan penting bagi kegunaan hiburan, iaitu pembesar suara dan paparannya.

Terdapat sistem pembesar dwi-stereo yang mana menyokong Dolby Atmos. Melaluinya, hiburan anda sudah dinaik taraf kepada pengalaman lebih baik kerana audio yang dilontarkan lebih premium.

Bunyi audio tadi, memang cukup sesuai digandingkan skrin peranti ini. Paparan realme 9 Pro+ 5G adalah seluas 6.4 inci berpanelkan AMOLED dan berkadar segar semula 90Hz. Turut dilindungi Corning Gorilla Glass 5 dan menariknya lagi, ada ciri pemantauan degupan jantung terbina padanya.

Dalam sudah cantik, luarannya pun lagilah cantik. Keunikan realme 9 Pro+ 5G ini juga terletak pada panel belakangnya. Ia merupakan peranti realme pertama yang menampilkan rekaan Photochromism

Kelebihan rekaan ini adalah ia mampu menukarkan warna biru kepada merah dalam masa 3 saat sahaja apabila terkena matahari atau sinaran UV dan ia akan berkekalan selama 2-5 minit.

Berapa Harga Dipinta?




Kalau dilihat kembali, spesifikasi telefon terbaharu realme ini memang cukup memuaskan. Akan tetapi berapakah harga jualannya?

Harga yang dipinta hanyalah RM1599 yang mana anda boleh dapatkannya di SINI menerusi Lazada. Oleh itu, bagi mana-mana kaki fotografi atau videografi, realme 9 Pro+ 5G ini sememangnya terbaik kerana kamera seumpama itu diletakkan pada tanda harga amat mampu milik.

*Artikel ini dibawakan oleh realme