Bajet Hanya RM1000, Telefon Kelas Pertengahan Ini Adalah Peranti Yang Anda Cari-Cari

Setiap orang memiliki cita rasa yang berbeza. Perkara yang sama diterapkan pada peranti yang mereka inginkan. Disebabkan itu, untuk mencari sebuah peranti yang sempurna dan dapat memenuhi cita rasa dengan harga yang mampu milik amatlah sukar.

Namun tidak lagi dengan adanya HUAWEI nova 9 SE, sebuah peranti yang mempunyai semua fungsi-fungsi menarik dengan harga yang berpatutan, pastinya peranti ini adalah peranti yang anda nanti-nantikan.

Menawan, elegan dan inovatif. Itulah yang boleh digambarkan pada HUAWEI nova 9 SE ini. Ia mewarisi semua spesifikasi menarik yang ada pada peranti sebelumnya sambil menawarkan lebih banyak fungsi menarik untuk memberikan pengalaman yang lebih memuaskan.

Apa Yang Menarik Sangat?


Sebagai sebuah peranti yang memfokuskan kepada fotografi, ia sangat sesuai kepada pengguna yang minat ber 'Instagram'. Gambar, video, story semuanya akan lebih menarik dengan tangkapan dari HUAWEI nova 9 SE ini.

108MP Lensa Utama Dengan Super Camera


Anda tidak akan terlepas untuk mengambil gambar pemandangan, makanan, tempat menarik, kawan-kawan serta keluarga anda lagi selepas ini. Semua ini adalah hasil daripada lensa 108MP yang dilengkapi pada peranti ini.

Kalau dalam keadaan gelap bagaimana pula? Anda tidak perlu risau kerana lensa utama yang besar, 1/1.52 inci ini membenarkan lebih banyak cahaya masuk untuk memberikan hasil gambar yang terang walaupun dalam suasana yang kurang pencahayaan.



Ditambah pula dengan lensa 8MP ultra lebar, 2MP depth dan 2MP makro, anda boleh mengambil gambar dengan pelbagai cara mengikut cita rasa dan kreativiti anda.

Sudah cukup untuk kamera belakang, kita berpindah pula kepada kamera swafoto. Lensa yang dimuatkan adalah 16MP yang disertakan dengan teknologi 4 dalam 1 Pixel Binning yang menjamin kualiti ketika anda berswafoto.

Lensa swafoto ini juga menyokong Super Night Shot yang membolehkan gambar anda diambil walaupun dalam keadaan yang gelap. Ia juga dapat mengecam wajah pengguna dan latar belakang untuk memberikan hasil swafoto yang lebih astetik.

Rakam Semua Memori Dengan Super Vlog


Sebahagian orang menyimpan kenangan mereka hanya dengan mengambil gambar. Ada juga yang merakam kenangan atau memori mereka untuk tujuan video log atau lebih dikenali sebagai Vlog. Kedua-duanya boleh dilakukan dengan HUAWEI nova 9 SE.

Teknologi inovatif Vlog pada peranti ini membolehkan anda menukar rakaman daripada kamera utama kepada kamera swafoto secara terus. Ini akan menjadikan peralihan rakaman dari kamera belakang ke kamera swafoto akan menjadi lebih kemas. Hal ini kerana, anda tidak perlu memberhentikan rakaman untuk menukar kamera.



Tidak berhenti disitu, peranti ini juga disertakan dengan teknologi inovatif Dual-View yang membenarkan pengguna untuk merakam video depan dan belakang secara serentak. Dengan fungsi ini, juruvideo juga akan menjadi sebahagian daripada memori ketika merakam kenangan-kenangan manis yang anda lalui.

Lebih Besar, Lebih Menawan


HUAWEI bukan sahaja menumpukan kepada teknologi fotografi, malah mereka juga ingin mengambil hati pengguna dengan membawakan rekaan yang menawan dan terkini pada nova 9 SE ini.

Sekali pandang, anda boleh jatuh hati dengan rupa luarannya yang nipis dan estetik. Dengan berat hanya 191g, peranti ini juga sangat selesa dipegang mahupun berada dalam poket anda.



Pada panel belakang ini, jelas kelihatan seperti pancaran sinar daripada bahagian kamera yang dipadankan dengan 3 warna iaitu Crystal Blue, Pearl White dan Midnight Black yang pastinya akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.

Pada bahagian hadapan pula, nova 9 SE ini menggunakan skrin berukuran 6.78 inci HUAWEI FullView Display, bezel ultra nipis dengan resolusi FHD+ untuk memberikan kepuasan yang mengasyikkan ketika menonton video, filem atau bermain game.

Skrin yang kompak ini juga tidak menjadi penghalang untuk anda merasai pengalaman yang lebih lancar kerana ia menyokong kadar segar semula 90Hz dan kadar input sentuh 270Hz.


Tak Perlu Risau Dengan Bateri


Dengan semua prestasi yang dibawakan pada HUAWEI nova 9 SE ini, mesti anda tertanya-tanya bagaimana pula dengan ketahanan baterinya? Anda tidak perlu risau kerana HUAWEI turut menekankan aspek ketahanan bateri supaya anda dapat menggunakan peranti ini setiap masa.

HUAWEI telah menerapkan teknologi bateri terkini pada nova 9 SE dengan penyokongan pengecasan pantas 66W SuperCharge. Palam pengecas ini mampu mengecas 60% dalam masa 15 minit dan dicas penuh hanya dalam masa 39 minit sahaja.

Di samping itu, teknologi SuperCharge ini juga mempunyai pengesahan TÜV Rheinland Safe Fast Charge. Ini bermakna, peranti anda lebih selamat walaupun menggunakan teknologi pengecasan pantas ini.

Sentiasa Menitikberatkan Pengguna


Jika anda seorang pengguna peranti HUAWEI, pastinya anda mengetahui bahawa mereka ingin anda sentiasa berhubung dengan ekosistem HUAWEI. nova 9 SE yang dijalankan dengan EMUI 12 akan membolehkan anda merasai pengalaman sambungan ke ekosistem yang lebih lancar dengan hanya menekan 1 butang sahaja.

Selepas disambungkan, anda boleh memaparkan skrin nova 9 SE ini pada komputer mahupun komputer riba dengan fungsi Super Device untuk menikmati HUAWEI Multi-Screen Collaboration.

Pemindahan data dari nova 9 SE ke peranti yang disambungkan juga lebih mudah dengan hanya 1 klik sahaja. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan keseluruhan produktiviti anda.

Dari segi aplikasi, AppGallery kini membekalkan semua aplikasi harian yang anda gunakan. Ini termasuk aplikasi permainan mudah alih, perbankan, sosial, pelajaran, cara hidup dan banyak lagi.

Dalam HUAWEI nova 9 SE ini, sudah tersedia aplikasi yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia seperti Shopee MY, Lazada, Touch 'n Go eWallet, Grab Superapp, Maybank2u MY dan TikTok.

Inilah Peranti Yang Anda Cari


Jadi apa yang anda tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan HUAWEI nova 9 SE, sebuah peranti kelas pertengahan yang mampu memberikan prestasi andalan.



HUAWEI nova 9 SE boleh dibeli dengan harga RM1,099 di HUAWEI Experience Store yang berhampiran dengan anda. Selain itu, ia turut dijual di Laman Rasmi HUAWEI dan gedung atas talian Shopee atau Lazada HUAWEI.

Anda juga boleh membawa pulang hadiah menarik dengan setiap pembelian HUAWEI nova 9 SE ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang HUAWEI atau Facebook HUAWEI Malaysia.

**Artikel Ini Dibawakan Oleh HUAWEI