Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kuasa Elektrik Setinggi 800Watt Berjaya Dihantar Secara Wayarles Sejauh 8Km

Kuasa Elektrik Setinggi 800Watt Berjaya Dihantar Secara Wayarles Sejauh 8Km

Diterbitkan Julai 29, 2025 ยท Dikemas kini Julai 29, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam ujian terkini oleh Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Lanjutan (DARPA) menerusi program Persistent Optical Wireless Energy Relay (POWER) telah mencipta rekod baharu dalam penghantaran tenaga secara tanpa wayar.

Dalam ujian yang dikenali sebagai POWER Receiver Array Demo (PRAD) yang dijalankan di New Mexico pada Mei 2025 lalu, pasukan penyelidik agensi tersebut berjaya menghantarkan lebih 800 watt tenaga selama 30 saat dari jarak sejauh 8.6 kilometer.

Rekod ini jauh mengatasi ujian sebelumnya iaitu 230 watt pada jarak 1.7 km, menjadikannya demonstrasi terbaru itu sebagai pemancaran tenaga optik paling berjaya setakat ini.

Kuasa Elektrik Setinggi 800Watt Berjaya Dihantar Secara Wayarles Sejauh 8Km
Fasiliti Ujian Sistem Laser Tenaga Tinggi terletak di Pangkalan Peluru berpandu White Sands Angkatan Tentera AS pada hari pasukan PRAD mencatat rekod jarak pancaran kuasa optik.

Ujian PRAD ini menggunakan teknologi penerima baharu ciptaan Teravec Technologies, di mana tenaga dihantar menggunakan pancaran laser yang dipantulkan ke cermin parabola dan ditukar kepada tenaga elektrik melalui sel fotovolta (atau dikenali sebagai ‘sel solar’).

Menurut DARPA, teknologi ini boleh diskala kepada tahap kuasa yang lebih tinggi dan boleh diintegrasikan ke dalam platform yang berbeza, seperti kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).

Kuasa Elektrik Setinggi 800Watt Berjaya Dihantar Secara Wayarles Sejauh 8Km
Dalam penerima pancaran kuasa optik yang direka untuk PRAD, laser memasuki bukaan pusat, mengenai cermin parabolik, dan memantulkan ke puluhan sel fotovoltaik yang disusun di sekitar bahagian dalam peranti yang mengubah tenaga kembali kepada kuasa yang boleh digunakan.

Kejayaan ini membuktikan potensi tenaga laser untuk digunakan dalam operasi ketenteraan dan situasi bencana, di mana penghantaran tenaga tradisional lambat dan berisiko.

POWER kini memasuki Fasa 2, yang akan menumpukan kepada integrasi relay dan penghantaran kuasa menegak.

Pencapaian ini sekali gus membawa impian Nikola Tesla tentang penghantaran elektrik secara tanpa wayar kepada realiti.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Trak Bomba Di China Berkepala Dua, Boleh Dipandu Dua Arah Selaju 190Km/j

Sumber: DARPA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY