Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mengubah Tetapan “Double Tap” Pada Video Youtube

Ini Cara Dapatkan Diskaun YouTube Premium Guna E-mel Pelajar

Diterbitkan Disember 28, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sejak beberapa tahun lepas, YouTube telah mula menyertakan iklan pada setiap video yang ditonton sebagai langkah menjana pendapatan. Melalui pengenalan YouTube Premium, pengguna perlu membayar RM17.90 setiap bulan untuk pakej menonton video tanpa iklan, YouTube Music, YouTube Kids, mainkan video secara latar (background), muat turun untuk tonton video luar talian dan beberapa manfaat lain.

Namun, anda bertuah jika masih melanjutkan pelajaran walaupun pada peringat Sarjana (Master’s degree) kerana dengan e-mel pelajar yang disediakan pihak universiti, Youtube Premium tersedia RM7 lebih murah iaitu RM10.90 sebulan untuk pakej yang sama.

Seperti mana-mana platform lain juga, selepas ditambah cukai sebanyak 6%, jumlah yang ditolak setiap bulan dari akaun anda ialah RM11.55. Jika anda menggunakan YouTube Premium buat kali pertama, anda layak untuk mendapat 1 bulan percuma.

Berikut adalah langkah-langkah memohonnya:

  1. Buka pautan INI.
  2. Isi maklumat diperlukan.
    • Untuk “Contact Info”, e-mel dimasukkan tidak digunakan untuk pengesahan pelajar. Anda boleh guna mana-mana e-mel peribadi.
    • Pada ruang “University”, pastikan anda pilih daripada senarai. Jika nama universiti tidak tersenarai maka anda tidak layak untuk memohon.
    • yt student senarai kolej
  3. Untuk “Choose Verification Method“, pilih salah satu kaedah di bawah:
    • Pilih “Verify Using School Credentials” untuk mengesahkan status pelajar anda melalui portal e-mel seperti Microsoft 365.
    • Pilih “Verify Using School Credentials” untuk mengesahkan status pelajar melalui muat naik dokumen pengesahan pelajar.
  4. Namun, bagi sesetengah universiti, anda akan terus dibawa ke laman muat naik dokumen.
    • Muat naik dokumen pengesahan pelajar seperti surat pengesahan pelajar, transkrip, salinan kad pelajar dan apa-apa dokumen rasmi yang membuktikan anda masih pelajar di institusi tersebut.
    • Anda boleh muat naik sehingga 3 fail dan format diterima ialah JPEG, PDF, PNG dan GIF.
  5. Selesai.
    • Tunggu maklum balas daripada YouTube dalam masa 48 jam namun kebiasaannya hanya dalam beberapa jam sahaja.

Untuk makluman, anda perlu melakukan pengesahan pelajar setiap tahun.

Baca juga:

  • Beli Laptop Percuma Printer
  • Jangan Beli Laptop Selagi Anda Tak Baca 11 Perkara Penting Ini
  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY