Sejak kebelakangan ini, penggunaan komputer riba bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bukan sahaja untuk menyiapkan tugasan semata-mata.
Ia juga kini dijadikan sebagai medium pembelajaran di mana pelajar menggunakannya untuk menyertai kelas secara atas talian atau dikenali sebagai pembelajaran hibrid.
Disebabkan itu, pemilihan komputer riba yang bersesuaian bagi tujuan tersebut amatlah penting agar tidak tersalah beli.
Untuk membantu anda dalam ‘misi’ pencarian komputer riba yang sesuai, ini adalah perkara yang perlu diketahui sebelum anda membuat keputusan membeli komputer riba.
Cip Pemprosesan (CPU)
Seperti manusia, komputer riba juga mempunyai otak mereka tersendiri. Ia dipanggil cip pemprosesan atau CPU.
Terdapat dua jenama CPU yang popular dan kerap digunakan, iaitu Intel dan AMD. Intel ini terkenal dengan prestasi teras tunggal mereka. Manakala AMD pula untuk prestasi multi-tugasan.
Bagi anda yang melakukan tugasan seperti menyunting video dan sering membuka banyak aplikasi pada masa yang sama, cip pemproses AMD sememangnya sesuai.
Bagi Intel pula, prestasinya pun baik dan boleh dikatakan mudah untuk dicari di pasaran.
Memori (RAM)
Seiring dengan CPU, memori atau RAM juga amatlah penting. Tidak seperti dahulu, 2GB atau 4GB RAM sudah tidak lagi relevan pada masa sekarang.
Jumlah RAM yang besar akan membantu apabila anda membuka banyak aplikasi serentak. Ini akan membuatkan anda tidak terasa tersekat-sekat atau lagging apabila beralih dari satu aplikasi ke satu aplikasi yang lain.
Jadi, untuk memudahkan anda, pastikan komputer riba yang ingin dibeli sekurang-kurangnya dilengkapi 8GB RAM. Namun, sekiranya anda mahu melakukan tugasan berat seperti menyunting video atau penghasilan animasi 3D, disarankan jumlah memori adalah 16GB RAM dan ke atas.
Storan SSD
Ini salah satu komponen komputer riba yang mungkin ramai terlepas pandang. Kadangkala ramai yang ingin menaik taraf RAM tetapi terlupa tentang storan kerana komputer riba tersebut menggunakan HDD.
Untuk pengetahuan anda, sistem operasi yang dipasang pada storan SSD bakal memberikan boot up atau restart komputer riba jauh lebih pantas.
Mengapa?
Ia disebabkan sifat SSD itu sendiri yang mempunyai kemampuan membaca (read) dan menulis (write) lebih tinggi berbanding HDD.
Oleh itu, pastikan anda memilih komputer riba yang mempunyai storan SSD dan padanan HDD juga. HDD boleh dijadikan tempat simpanan fail-fail tugasan anda. Ini kerana SSD dalam komputer riba kebiasaannya mempunyai storan agak kecil.
Kamera Web
Memandangkan ramai pelajar universiti sekarang yang menjalankan pembelajaran secara hibrid, iaitu ada kalanya secara bersemuka (face to face) dan ada kalanya secara atas talian (online).
Kamera web merupakan elemen penting terutamanya ketika anda ingin membuat pembentangan. Oleh itu, pastikan anda mencari komputer riba yang mempunyai kamera web yang mempunyai kualiti baik.
Tak adalah muka anda kelihatan ‘pecah’ semasa membuat pembentangan dan baru sedap mata memandang apabila kualiti kameranya cantik.
Perisian Office
Perisian Microsoft Office merupakan nadi utama bagi setiap pelajar universiti. Ia merangkumi Word, PowerPoint, Excel, OneNote dan banyak lagi.
Komputer riba sudah sedap, jadi pastikan perisian untuk melakukan tugasan juga mestilah kena ‘ngam’.
Tak Perlu Pening Kepala, Ini Tempat Yang Mudah Untuk Cari ‘Laptop’
Bagi anda yang masih lagi tercari-cari tempat mana yang sesuai untuk mencari komputer riba, Gloo Education Store adalah jawapannya.
Memang benar, semuanya di hujung jari, boleh sahaja mencari mana-mana komputer riba yang berada di Shopee mahupun di Lazada.
Akan tetapi, pakejnya tidak cukup lengkap dan mungkin agak sukar sedikit.
Pembelian komputer riba menerusi Gloo Education Store pun boleh dilakukan secara dalam talian. Bezanya, ia menawarkan pakej yang khusus untuk golongan pelajar.
Contohnya, Microsoft Windows 10 Pro for Education, Microsoft 365 A1 dan boleh menaik taraf ke Windows 11.
Anda mahukan jenama komputer riba apa? Semuanya ditawarkan di sini. HP, Lenovo, JOI dan lain-lain lagi.
Bukan itu sahaja, setiap pembelian komputer riba atau komputer PC turut akan menerima hadiah seperti mesin pencetak berjenama HP DeskJet Ink Advantage 2336 All-in-One.
Tambahan lagi, selain harga pelajar, anda juga akan menerima servis dan sokongan khidmat pelanggan sekiranya anda mempunyai sebarang masalah selepas membelinya nanti.
Bagi anda yang berminat, layari laman GLOO sekarang.
*Artikel Ini Dibawakan Oleh SNS