Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Sebab Kenapa Ramai Pilih Jam Tangan Pintar Ini

5 Sebab Kenapa Ramai Pilih Jam Tangan Pintar Ini

Diterbitkan Disember 7, 2021 ยท Dikemas kini Disember 31, 2021 oleh Wiser MY

Garmin oh Garmin. Ramai yang kenal dengan jenama ini tapi masih belum berkesempatan untuk memiliki produk mereka. Garmin adalah merupakan antara jenama terkemuka yang menghasilkan produk kecergasan dan salah satu produk mereka yang terbaharu adalah Garmin Venu 2.

5 Sebab Kenapa Ramai Pilih Jam Tangan Pintar Ini

Venu? Apa tu? Senang cerita Garmin Venu 2 ini merupakan penawaran terbaik Garmin dari segi kategori jam pintar yang juga merangkap jam kecergasan. Disebabkan itulah, kami akan senaraikan 5 ciri yang buatkan anda akan tertarik dengan Garmin Venu 2 ini.

1. Paparan AMOLED Cantik, Baru Puas Layan Skrin

Apalah gunanya binaan yang premium tanpa rupa yang menarik. Untuk Garmin Venu 2, ia mempunyai skrin berukuran 1.3 inci dengan resolusi 416 x 416 pixel, manakala Venu 2S pula didatangkan dengan skrin 1.1 inci.

5 Sebab Kenapa Ramai Pilih Jam Tangan Pintar Ini

Menariknya, kedua-dua model hadir dengan paparan AMOLED yang cantik dan cerah. Resolusi yang tinggi juga membolehkan teks dan imej menjadi tajam dan sangat memuaskan untuk digunakan.

Selain itu, siri Garmin Venu 2 juga mempunyai ciri always-on yang memudahkan pengguna melihat jam tanpa perlu menghidupkan skrin jam secara manual.

2. Ciri Kecergasan Lengkap, Macam-Macam Ada

Tarikan utama untuk siri Garmin Venu 2 sudah tentunya sokongan pelbagai ciri kecergasan yang setanding dengan jam yang lebih premium harganya.

Antaranya adalah Health Snapshot, iaitu ciri yang memvisual dan juga mengemas kini tahap kesihatan anda secara terperinci. Tambahan, anda juga boleh mengukur kadar degupan jantung dan tahap tekanan dalam masa 2 minit.

5 Sebab Kenapa Ramai Pilih Jam Tangan Pintar Ini

Siri Garmin Venu 2 juga menyokong mod Pulse Ox Blood Sensor untuk mengukur tahap kepekatan dalam darah. Terdapat juga pemantauan tidur dan kesihatan haid spesifiknya untuk golongan wanita.

Menariknya terdapat fungsi Fitness Age yang boleh digunakan sebagai motivasi untuk menjaga kesihatan sendiri.

3. Lebih 25 Mod Sukan, Lengkap Dengan Fungsi GPS

Tak lengkap jika bercerita jam kecergasan tanpa menyebut fungsi kecergasannya. Untuk siri Garmin Venu 2, terdapat lebih 25 mod sukan lengkap dengan fungsi GPS termasuk sukan asas seperti berjoging, berjalan, berenang atau berlari.

Melalui Garmin Venu 2, kini terdapatnya fungsi muscle map yang memperlihatkan graf otot mana yang bekerja sewaktu anda bersenam.

5 Sebab Kenapa Ramai Pilih Jam Tangan Pintar Ini

Kemudiannya ada mod (High-Intensity-Interval-Training) HIIT iaitu mod bersenam sesuka hati (free mode) yang mengukur kadar degupan jantung dan kalori yang dibakar.

Antara lainnya adalah bouldering mode, iaitu sistem gred yang menentukan securam mana laluan yang anda lalui.

4. Tahan Sehingga 10 Hari, Tak Perlu Cas Hari-Hari

Kebiasaannya jam pintar mempunyai ketahanan bateri yang agak lemah. Pada siri Garmin Venu 2, ia mempunyai ketahanan bateri mencecah 10 hari, yang mana pada kelasnya lebih tahan lama dari kebanyakan jam pintar lain.

Ini bermakna pengguna tidak perlu lagi cas jam setiap hari jika mahu menggunakannya secara seharian.

5. Sarat Dengan Fungsi Kecergasan, Tetapi Tetap Juga Sebuah Jam Pintar

Siri Garmin Venu 2 juga tetap mempunyai ciri-ciri jam pintar iaitu menerima kemaskini telefon terus dari jam.

Ini termasuklah notifikasi mesej, kemaskini media sosial, dan pelbagai lagi. Jam ini juga boleh digunakan untuk melayan muzik dengan sokongan aplikasi pihak ketiga seperti Spotify, ataupun dari storan terbinanya sendiri.

5 Sebab Kenapa Ramai Pilih Jam Tangan Pintar Ini

Untuk siri Garmin Venu 2, ia mempunyai storan untuk memuatkan sekitar 650 lagu, yang mana memberikan anda pilihan lagu banyak ketika bersenam lama-lama.

Sebagai sebuah jam pintar juga, pengguna boleh memuat turun aplikasi dari Garmin Connect IQ Store seperti Google Maps, Komoot, atau Stryd.

5 Sebab Kenapa Ramai Pilih Jam Tangan Pintar Ini
5 Sebab Kenapa Ramai Pilih Jam Tangan Pintar Ini

Garmin Venu 2 dan Venu 2S dijual pada harga rasmi RM1,799. Jika berminat, anda boleh layari laman rasmi Garmin Malaysia untuk mengetahui produk dengan lebih lanjut.

*Artikel ini dibawakan oleh Garmin Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY