Setahun dua ni kita perasan ramai yang mula mencari laptop baru untuk dibeli. Alasannya mudah sahaja, ramai terpaksa bekerja dari rumah sewaktu PKP. Sebahagian sedar laptop sedia ada tidak mampu bertugas dengan baik ataupun ada kes yang terpaksa berkongsi dengan anak-anak.
Kerja nak mencari laptop yang sesuai ini bukanlah susah sangat kalau kita tahu serba-serbi tentang spesifikasi dan keperluan. Ada segelintir daripada kita terlalu mengejar spesifikasi tinggi tetapi mengabaikan reka bentuk. Contoh macam anda diracun untuk beli laptop gaming, tetapi kerja hakiki anda memerlukan anda ke hulu ke hilir. Sangat tak sesuai untuk mengangkut laptop gaming kerana selalunya ia hadir dengan reka bentuk besar dan berat.
Tetapi kalau kita sendiri masih terpinga-pinga tidak tahu untuk bermula dari mana, kami boleh kongsikan sedikit perkara yang boleh anda pertimbangkan sebelum membeli sesebuah laptop.
1. Saiz
Benda ringkas sebegini kadang-kadang ada yang terlepas pandang. Sebab apa? Sebab rakan-rakan ‘meracun’ untuk beli laptop gaming yang ada lampu RGB meriah, rekaan ‘garang’ dan sewaktu dengannya.
Tetapi pada hakikatnya, anda hanya perlukan sebuah laptop yang ringkas, ringan dan mudah dijinjing keluar rumah. Perlu ingat, reka bentuk ini bukan seperti memori yang boleh anda naik taraf bila-bila masa. Apa yang anda beli, itulah yang anda gunakan selamanya.
Laptop kebiasaannya ditawarkan dengan saiz skrin antara 11.6 inci sehinggalah ke 17.3 inci. Sekiranya anda biasa bekerja setempat, tidak beralih-alih ke sana ke mari, tiada masalah untuk mendapatkan skrin 15 inci keatas.
Jelas sekali dekat sini, kalau anda mahukan laptop mudah alih, 13 – 14 inci adalah pilihan yang sesuai.
2. Kualiti skrin
Salah satu komponen terpenting dalam sesebuah laptop adalah skrin. Ini kerana kita akan menghabiskan berjam-jam lamanya memandang ke arah skrin untuk menyiapkan tugasan. Anda pasti mahukan skrin yang baik disebabkan laptop itu bukan sahaja untuk lakukan tugasan, tetapi juga untuk hiburan setelah penat bekerja.
Anda mahukan panel biasa atau sesentuh? Kalau anda memilih skrin dengan ciri sesentuh, ia tambah lebih lagi versaliti dalam penggunaan. Anda tidak terhad untuk guna pad sesentuh jika mahu navigasi pada paparan. Cukup mudah seperti menggunakan telefon.
Seperkara lagi adalah tentang resolusi dimana 1920 x 1080p dimana ia kita tetapkan sebagai paling minimum. Tetapi laptop masa kini sudah tersedia dengan pilihan resolusi 2K sehingga 4K dan kebiasaannya harga tinggi sedikit berbanding yang lain.
Bagi anda yang biasa menjalankan tugasan suntingan dan bermainan permainan video, lebih sesuai untuk memilih laptop dengan skrin beresolusi tinggi.
3. Papan kekunci
Anda kerap menaip untuk tempoh yang panjang? Ini salah satu perkara yang boleh diberi perhatian. Lihat susun atur papan kekunci, adakah anda memerlukan numpad ataupun tidak.
Pastikan juga papan kekunci mempunyai backlit, bagi memudahkan anda menaip pada pencahayaan gelap. Selain itu, lihat juga pada ruang untuk meletakkan pergelangan tangan. Ini kerana terdapat laptop yang hanya menyediakan ruang kecil untuk pergelangan tangan, menjadikan pengalaman menaip untuk tempoh panjang kurang selesa.
Adalah lebih baik untuk anda cuba sendiri papan kekunci itu secara fizikal sebelum membeli kerana anda akan tahu ia sesuai atau tidak dengan gaya menaip.
4. Spesifikasi dalaman
Kalau cerita tentang CPU anda akan dihidangkan dengan cip dari Intel ataupun AMD. Secara ringkasnya, Intel menawarkan cip i3, i5, i7 dan i9. Dalam kata mudah i3 lebih kepada penggunaan kasual yang ringan sementara i9 memberikan prestasi lebih tinggi dan baik. Tetapi sudah pasti lebih tinggi prestasi yang ditawarkan lebih tinggi jugalah nilai harga jualannya.
Berkenaan dengan AMD pula, ia menawarkan prestasi yang bagus tetapi pada harga lebih murah sedikit. Boleh dikatakan antara pilihan berbaloi untuk dipertimbangkan
Selain itu, dibahagian RAM juga perlu diberi perhatian. Bagi gaya penggunaan sekarang ini, kita boleh lihat RAM 8GB adalah keperluan minimum yang anda kena tetapkan. Sekiranya anda ada jalankan tugasan yang berat sedikit, pilih 16GB sehinggalah 32GB. Pilih ikut kesesuaian, bukan ikut hawa nafsu melihat angka tinggi lebih baik’.
5. Memori
HDD atau SSD? Pasaran laptop dan pengguna sekarang dah mula perlahan-lahan meninggalkan HDD. Boleh mula pandang ke arah SSD. Laptop dengan memori jenis ini lebih nipis dan ringan dan akses kepada kandungan lebih pantas. Dari segi kapasiti pula, lebih baik memilih sekurang-kurangnya 256GB.
6. Bateri
Kadang apa yang diiklankan berkenaan tempoh bateri agak payah untuk kita kaitkan dengan penggunaan seharian. Banyak perkara boleh bagi kesan pada tempoh kuasa bateri, seperti perisian apa yang dijalankan, sambungan WiFi, Bluetooth dan sebagainya.
Lihat pada nilai bateri yang dilengkapkan pada laptop, Wh atau mAh. Lebih tinggi nilai, lebih lama laptop akan bernyawa. Seperti contoh laptop 13.3 inci – 14 inci dengan bateri 50Wh atau 60Wh mampu bagi prestasi yang baik.
7. USB-C
Jenis sambungan ini dipakai dimana-mana. Lihat sahaja port pengecasan telefon anda sekarang. Penggunaannya semakin meluas dan anda pasti mahukan port ini berada pada laptop yang bakal dimiliki. Anda lebih mudah untuk buat sambungan ke SSD lain untuk backup data, gunakan tetikus terkini mahupun papan kekunci lain jika perlu.
Ia turut tawarkan kepantasan lebih baik berbanding USB 2.0 dan 3.0 dimana anda tidak perlu tunggu lama untuk pindahkan fail. Boleh juga pertimbangkan USB-C yang menyokong Thunderbolt 4. Ini adalah pilihan terbaik kerana ia beri kelajuan sehingga 40Gbps untuk pemindahan data selain menyokong sambungan ke paparan 4K dan 8K. Pindah data, tahu-tahu sudah siap.
8. Ciri sekuriti biometrik
Sudah banyak laptop ditampilkan dengan ciri imbasan biometrik, sama ada wajah mahupun cap jari. Pilihlah laptop yang mempunyai ciri ini untuk pastikan laptop anda tidak dipecah masuk sewenang-wenangnya oleh orang lain. Laptop dengan ciri imbasan cap jari pun sudah memadai.
9. Masih lagi pening nak buat pilihan?
Sekiranya anda masih lagi tidak tahu model mana yang sesuai, disini ada sebuah model terbaharu daripada Huawei yang boleh anda usha terlebih dahulu.
Huawei MateBook 14s sedia dilancarkan di Malaysia Oktober yang lepas dimana ia terdapat dalam dua variasi iaitu i5 dan i7. Jika diteliti, Huawei MateBook 14s memenuhi keperluan 8 perkara yang disebut diatas.
Contohnya, laptop ini hadir dengan skrin 14.2 inci beresolusi 2.5K (2520 x 1680) serta kadar segar semula sehingga 90Hz. Panel skrin didatangkan dengan rekaan bezel nipis yang membuatkan paparannya kelihatan premium serta kemas.
Menariknya juga tentang laptop ini, ia mempunyai ciri paparan sesentuh seakan telefon pintar. Ini memudahkan kerja-kerja anda saat menggunakan fungsi MultiScreen Collaboration.
Ia turut hadir dengan reka bentuk ringkas dengan pilihan warna antara Spruce Green serta Space Gray dan hanya seberat 1.4kg. Konfigurasi memori pula menampilkan dua pilihan RAM antara 8GB dan 16GB sementara storan SSD PCIe pula ditawarkan dengan kapasiti 512GB dan 1TB.
HUAWEI MateBook 14s dikuasakan dengan dua pilihan iaitu Intel Core i7-11370H yang disertakan dengan Intel EVO certified dan pilihan Intel Core i5-11300H
Ia juga menjanjikan pengalaman menaip lebih selesa dan dilengkapkan dengan tiga tahap pencahayaan. Backlit akan bernyala secara automatik apabila ia mengesan anda bekerja dalam keadaan gelap.
Walaupun dihasilkan dengan reka bentuk yang nipis, Huawei tidak mengenepikan keperluan pengguna di mana ia menyediakan 2x port USB-C, 1x port USB 3.2 Gen 1, 1x port HDMI, dan bicu audio 3.5mm. Dengan kelengkapan ini, ia sudah memadai untuk tugasan seharian kita.
Kapasiti bateri yang dibekalkan adalah 60Wh dan disertakan dengan pengecasan HUawei SuperCharge Power Adapter 90W. Menurut Huawei, pengecasan selama 15 minit mampu berikan laptop anda nyawa selama 3 jam penggunaan. Sangat sesuai untuk gaya hidup sibuk orang sekarang.
Tidak dilupakan adalah ciri imbasan cap jari yang mana ia diletakkan pada butang kuasa. Anda tidak lagi bersusah payah untuk log masuk komputer. Sentuh sahaja butang itu, laptop sedia digunakan.
10. Lagi ciri menarik pada Huawei MateBook 14s
Tidak lengkap Huawei MateBook 14s jika hanya membawakan spesifikasi diatas. Anda juga akan ditawarkan dengan penggunaan lebih baik dengan adanya ciri seperti;
Mobile Apps Engine (versi Beta) – Huawei MateBook 14s adalah yang pertama dapat ciri ini. Ia membolehkan anda membuka aplikasi telefon pintar terus dari dalam laptop. Anda boleh layan TikTok dengan skrin lebih besar, boleh tempah Grab atau baca berita dari mana-mana aplikasi berita. Ia seperti mempunyai dua telefon, tetapi dengan skrin lebih besar.
Pembesar suara sokongan Huawei SOUND – Laptop ini dibekalkan dengan sistem audio empat mikrofon dikeliling laptop. Ia mampu mengesan suara dengan jarak sehingga 5 meter dan bagus untuk anda yang sering bermesyuarat secara maya. Dengan ini, suara anda akan lebih jelas didengari. Ditambah pula dengan teknologi dari Huawei, Personal Voice Enhancement, ia secara pintarnya mengasingkan dan menguatkan suara sekiranya anda berada dikawasan yang sibuk seperti pejabat atau kafe.
11. Maklumat jualan
Seperti yang telah dinyatakan diatas, Huawei MateBook 14s dipasarkan dengan dua variasi model yang dibezakan pada cip pemprosesan iaitu i5 dan i7. Masing-masing akan dijual pada harga RM4999 dan RM6699.
Disebabkan kita masih lagi perlu menjaga SOP akibat Covid-19, anda boleh dapatkan Huawei MateBook 14s dari Huawei Store Online dan Shopee. Masih pening lagi nak cari laptop? Atau anda rasakan Huawei MateBook 14s adalah laptop yang ditunggu-tunggu selama ini?
*Artikel ini dibawakan oleh Huawei Malaysia