Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung Odyssey monitor 2025

Ini 4 Monitor ‘Gaming’ Terbaru Samsung Untuk Tahun 2025

Diterbitkan April 9, 2025 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics baru sahaja memperkenalkan barisan monitor permainan bagi siri Odyssey terbaharu mereka.

Barisan monitor Samsung Odyssey ini menampilkan teknologi terkini untuk pengalaman permainan yang lebih mendalam, pantas dan imersif, termasuk paparan 3D, OLED berkualiti tinggi, dan skrin ultra-lebar.

Sebanyak 3 model Odyssey dilancarkan iaitu:-

  • Odyssey 3D (G90XF): Monitor UHD 27 inci pertama dengan pengalaman 3D tanpa cermin mata, menggunakan penjejakan mata dan lensa khas yang menyokong kadar segar semula 165Hz dan masa tindak balas 1ms.
Ini 4 Monitor ‘Gaming’ Terbaru Samsung Untuk Tahun 2025
Samsung Odyssey 3D G90.
  • Odyssey OLED G8 (G81SF): Monitor OLED 27 inci 4K pertama Samsung ini menyokong kadar segar semula 240Hz dan masa tindak balas ultra pantas 0.03ms. Menyediakan visual yang tajam dan kontras mendalam dengan pilihan saiz 27 inci dan 32 inci.
Ini 4 Monitor ‘Gaming’ Terbaru Samsung Untuk Tahun 2025
Samsung Odyssey OLED G8.
  • Odyssey G9 (G91F): Paparan melengkung 49 inci Dual QHD untuk pengalaman permainan sinematik. Menyokong kadar segar semula 144Hz dan masa tindak balas 1ms.
Ini 4 Monitor ‘Gaming’ Terbaru Samsung Untuk Tahun 2025
Samsung Odyssey G9.

Harga jualan bagi barisan monitor ini adalah seperti berikut:

  • Odyssey 3D – RM8,999
  • Odyssey OLED G8 – 27 inci RM5,999, 32 inci RM6,499
  • Odyssey G9 – RM5,399

Info lanjut tentang barisan model monitor gaming terbaru Samsung Odyssey 2025 ini boleh didapati di laman rasmi Samsung Malaysia.

Beli barisan monitor Samsung dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmn0z8
  • Lazada – https://invl.me/clmn0za

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Acer Melancarkan 4 Monitor 'Gaming' Harga Bawah RM900
  • Galaxy Ring Kini Tersedia Di Malaysia, Berharga RM2,099

Terbaru

  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Permainan Kereta Lumba Eksklusif Di PS4 Ini Kini Boleh Dimainkan Di PC
  • Spotify Perketat Pengesahan Premium Family - Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
©2026 WISER.MY